“Jgn cakap aku menggaatal” – Datuk Seri Vida

Seperti telah diuar-uarkan kepada umum, usahawan sensasi, Datuk Seri Vida menegaskan bahawa beliau serius dan benar-benar hendak mencari seorang pembantu peribadi atau PA seperti telah diiklankan dalam medsos beliau baru-baru ini. Mahukan PA yang hensem, muda, bujang dan ditawarkan gaji RM10k, menurut DSV itulah kriteria yang sangat diperluukan oleh beliau bagi insan yang akan berurusan rapat dengannya itu.

“Satu lagi yang penting, dia perlulah brilliant (bijak),” ini yang ditegaskannya ketika menjawab soalan juruhebah sebuah siaran radio, yang bertanyakan soalan hendak mengesahkan mengenai jawatan kosong PA yang diiklankan oleh beliau itu.

Agaknya prihatin dengan cakap-cakap netizen yang mempersoalkan motifnya hendak mencari PA yang muda (berusia 25 hingga 30 tahun) dalam iklan jawatan tersebut sebelum ini, beliau ada jawapannya.

Dengan nada tegas tetapi bersahaja, beliau memberitahu kriteria sedemikian adalah bagi membantunya menjalankan kerja dengan lancar, tanpa beliau perlu mengajar atau ‘jadi pening kepala’. Video petikan temubual itu dikongsikan DSV beberapa jam lalu.

“Jaangan cakap aku menggaatal,” itu antara tegasnya ketika menerangkan tentang keperluan tersebut diikuti ketawanya bersama DJ-DJ yang menemuramahnya itu. Jadinya, kepada mereka yang suka sangat sangka bukan-bukan tu, dengar penerangan DSV ni ya.

Menerangkan lebih lanjut tentang kriteria PA yang diperluukannya , menurut beliau lagi calon itu hendaklah mempunyai wajah dan karektor yang menenangkannya, selain harus bersedia ke dunia glamour uols.

Kata DSV lagi, beliau juga sanggup memberikan gaji lebih daripada ditawarkannya sekiranya seseorang PA diperluukannya itu mempunyai kelebihan lebih daripada apa yang dimahukannya. Siapalah lelaki itteww..

Terdahulu, tawaran kerja DSV yang dihebahkan di IGnya itu mendapat banyak komen daripada netizen. Tak kurang yang mahu diambil bekerja, malah ramai juga yang tag kawan dan saudara mereka yang dirasakan sesuai dengan kriteria yang diperluukan.

Dalam banyak-banyak komen itu, diam tak diam, pelawak, Shuib Sepahtu turut menyelit menanyakan sama ada beliau boleh diambil bekerja sebagai PA kepada DSV. Agak ‘drama’ di situ apabila coretannya itu dibalas DSV berbunyi: ‘AWAK APPLY JADI CALON LAIN LA”.

Itu menyebabkan ramai pula yang teruja menjodohkan mereka berdua. Apa pun kepada mereka yang memerluukan kerja kosong dan menepati kriteria yang diperluukan DSV, apa salahnya mencuba ya…

Sumber : Ig Datuk Seri Vida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!