“Bagus Kacak bagi 1k xnak, amik 100 je” – Netizen

Pastinya kita tahu bahawa ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Dan begitu juga sebaliknya dimana anak-anak juga mahu berikan yang terbaik pada ibu bapa mereka. Apabila satu keluarga punyai pemikiran yang begini, mereka akan dapat merasai sifat kasihan mengasihani dan sayang menyayangi antara satu sama lain dalam sesebuah keluarga tersebut.

Kita sudah ketahui usahawan wanita terkenal iaitu Dato’ Sri Vida yang sentiasa cuba untuk menjadi ibu yang ‘supportive’ kepada anak-anaknya.

Seperti semua ketahui dan kenali anak-anak Dato’ Sri Vida iaitu Cik B dan Kacak. Mereka berdua juga mahu ibunya dapatkan yang terbaik dalam hidup mereka.

Selalu juga kita melihat anak lelaki Dato’ Sri Vida iaitu Kacak sangat manja dengan ibunya itu. Namun kasih sayang ibunya tidak berbelah bagi kepada kedua anaknya itu.

Baru-baru ini, Dato’ Sri Vida berkongsi lagi sebuah video dimana beliau membawa Kacak berjalan-jalan di pusat membeli

Dilihat didalam video tersebut, Kacak berjalan sambil memeluk ibunya dan rajin memberikan ciuuman kepada ibunya.

Di dalam video tersebut, terlihat juga Dato’ ingin memberikan rm1000 kepada anaknya itu tetapi anaknya menolak dan hanya meminta rm100 sahaja dari ibunya.

Netizen memuji sikap Kacak yang tidak meminta lebih dan juga tidak mengambil lebih dari yang diperluukannya  daripada ibunya.

Sebagai seorang anak, pasti akan terdetik rasa segan untuk meminta kepada ibu bapanya apa-apa yang diperluukannya. Sifat ini sebenarnya bagus kerana ia membuat seseorang anak itu sedari bagaimana susahnya ibu bapa mereka mencari rezeki.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!