“Weh kenapa comel sgt friendship dorg. Suka sangat tengok” – Netizen

Bestnya kalau kita mempunyai kawan sekepala atau istilah bebudak sekarang BFF (best friend forever). Tambah-tambah dapat kawan yang giler-giler biasanya macam zaman di bangku sekolah atau di U, tentu seronok dan menghiburkan. Yelah, bukan senang jumpa teman sebegitu. Nak lagi orang perempuan yang dah bergelar bini atau mak orang, lazimnya tumpuan mereka hanya diberikan pada keluarga sepanjang masa.

Pun begitu apa salahnya sekali-sekala berada di ‘luar kepompong’ bersama BFF. Akuilah… macam anak-anak dan golongan Adam jua, kadang diri sendiripun perluukan me time untuk bersama kawan-kawan sekepala bukan?

Gamaknya itulah yang dilalui tiga sekawan ini yang ada ‘projek’ mereka sendiri ni. Sambil hang out dan makan-makan bersama, aksi Sheila Rusly, Maria Tunku Sabri dan Sharifah Shahora yang dipercayai bercuti bersama ini nampak sangat menggembirakan.

Mesti ramai golongan mak-mak lain yang seusia mereka juga rasa teringin hendak melalui momen yang sama. Daripada perkongsian hantaran foto-foto ceria mereka oleh Sheila, tak kurang yang tumpang gembira melihat persahabatan mereka yang disifatkan sangat manis.

Jika melihat kepada hashtag Sheila di kapsyen, difahamkan rupanya sudah 22 tahun mereka bersahabat. Padanlah sangat akrab, hendak pula apabila kepala masing-masing ‘masuk air’.

Lihat sahajalah aksi mereka yang sama-sama berpakaian sedondon ketika makan-makan dan jalan-jalan. Gaya dan mimik muka mereka yang ceria dan sporting yang dikongsikan di medsos juga menggambarkan betapa ‘ciom molotnya’ mereka.

Menariknya ramai netizen yang memberi maklum balas di ruangan komen yang mendoakan agar persahabatan mereka berkekalan hingga ke jannah. Ramai jua yang memuji figura mereka yang tetap kelihatan seakan tak dimamah usia.

Sheila Rusly yang lahir pada 18 September 1971 merupakan pelakon, pengacara dan penerbit. Memiliki drah campuran Melayu dan Cina, beliau mula bergiat aktif di persada seni sejak 1986 ketika berusia 16 tahun.

Seperti Sheila, Sharifah Shahora juga seorang aktres dan pelawak yang popular di Malaysia. Lahir pada 21 September 1974, beliau mula menyinar menerusi drama-drama komedi seperti Enot, Menantu Mak Dara, Geletek Setelah Terlafaznya Akad dan banyak lagi.

Sementara itu, Maria Tunku Sabri yang lahir pada 10 Ogos 1970 atau lebih dikenali sebagai Maria JJCM merupakan personaliti TV3 yang merupakan bekas pengacara rancangan Jalan-Jalan Cari Makan.

Sumber : Ig Sheila Rusly

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!