“Terkejut aku buka2 phone muka Dato” – Netizen

“Terkjut aku buka buka fon muuka Dato,”. Ujar salah seorang netizen dalam ruangan komen gambar perkongsian Dato Seri Vida (DSV) pada 19 jam yang lalu. DSV yang sering kelihatan live menerusi akaun Instagramnya untuk tujuan melariskan produk jualannya kini tampil lagi dengan gambar selfie beliau yang mana telah menjadi perbualan hangat bagi para warganet.

Kalau dulu kita mendengar netizen mengusik Dato dengan mengatakan “senyuman DSV persis Cinderella TV3”, kali ini DSV tampil dengan selfie tanpa seukir senyuman tercalit pada bibirnya. DSV juga tidak lupa untuk meminta kepada para followersnya agar mendoakan dia supaya menjadi lebih istiqamah dan mendapat rahmat dari-Nya.

Walaupun hanya satu gambar yang dikongsikan DSV, namun itu sudah cukup untuk membangkitkan pelbagai reaksi daripada netizen yang sentiasa mengikuti perkembangan terkini DSV.

DSV memang sangat aktif menggunakan Instagram sehingga setiap masa ada sahaja video, live atau gambar yang dikongsikan buat para pengikut dan peminatnya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kuulit wajah DSV ni sememangnya flawless.

Gara-gara penangan produk kecantikan Dato ke tu? Gaya mekap yang simple macam ni membuatkan Dato kelihatan lebih muda berbanding dengan usia sebenar. Jom lihat gambar selfie DSV di bawah.

Ibarat pepatah yang mengatakan “less is more” memang sangat sesuai digunapakai oleh Dato. Rata-rata netizen turut berpuas hati dengan gaya mekap Dato yang agak santai dan tidak keterlaluan ini.

Perbezaan yang ketara dapat dilihat jika gambar DSV yang sekarang diletakkan bersebelahan dengan gambar lamanya pada permulaan kerjayanya sebagai ahli perniagaan.

Walaupun sudah berumur matang, kulit muka DSV kelihatannya seperti baru sahaja menginjak ke umur pertengahan 20-an. Ada yang mengusik Dato dengan mengatakan Dato ni nampak seperti remaja 15 tahun? Betul ke tidak tu? Kehkehkeh.

Gambar solo DSV ini telah berjaya mendapat sebanyak 28,174 likes dan 586 komen daripada netizen. Nampaknya ramai yang menyukai perkongsian DSV kali ni. Rata-rata warganet memberi komen mengenai perubahan secara fizikal DSV. Ramai juga yang menyokong imej baru DSV ni.

Cerita hangat antara DSV dan Iqbal tak pernah lekang dari menjadi topik hangat buat warga Malaysia. Apa taknya, rajin je DSV dan Iqbal mengongsikan serta meluahkan perasaan yang membuak-buak melalui akaun Instagram mereka.

Menerusi komen Iqbal yang ditinggalkan dalam ruangan komen live DSV semalam, banyak warganet yang tertanya-tanya dengan maksud sebenar Iqbal ni.

“DSV perempuan pertama dan terakhir yang saya sentuh, sebab itu saya fikir untuk berkahwin. Kalian fikir sebab harta tapi DSV tak tunjukkan keseriusan,” ujar Iqbal.

Ishhh Iqbal ni, alang-alang nak cerita, ceritalah dari A sampai Z. Ni terputus-putus kang jadi ftnah jadi kntrversi pulak. Sentuh apanya tu Iqbal? Atau Iqbal nak kata yang Iqbal ni dah sentuh hati DSV namun ayat Iqbal tu terputus di tengah jalan seperti kisah cinta dengan DSV yang asyik tergantung? Kehkehkeh.

Kalau memang berniat nak kahwin dengan DSV tu, buat apa nak dengar cakap netizen kan? Bagus alang-alang tanya sekali pendapat abang posmen dan penghantar parcel online kita tu.

Lagi senang, buatlah kaji selidik dan thesis sekali. Ihh, geram pula min dengan kisah cinta yang tak berkesudahan ini. Kalah-kalah drama TV 3 tau tak. Kahkahkah.

Apa-apa pun, semua keputusan akhir pilihan mereka terletak pada DSV dan Iqbal. Kita yang hanya sebagai watak sampingan bolehlah menyibuk nak dengar cerita perkembangan mereka ni sambil makan pop corn. Terserahlah, terpulanglah. Asalkan engkau bahagia. Ah gitewww.

Sumber: Instagram DSV

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!