“Okay ckup lah tu, sikit2 blh lah. Byk2 sgt nnt korg muntah pulak”- Neelofa

Khabar angin yang mengatakan bahawa pasangan Neelofa dan PU Riz bakal menimang cahaya mata sulung semakin jelas apabila baru-baru ini pasangan ini telah hadir untuk menghadiri perbicaraan sebutan k3s mereka di mahkamah Seremban mencuri perhatian orang ramai apabila Neelofa di lihat mengusap perutnya. Bentuk badan pengacara itu juga kelihatan sedikit berisi menguatkan lagi khabar angin beliau sememangnya berbadan dua.

Walaupun Neelofa mahupun PU Riz sendiri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kehamilan tersebut namun para peminat tidak putus mendoakan artis kesayangan mereka itu.

Besar kemungkinan pasangan ini tidak mahu membuat pengumuman mengenai kehamilan mereka dan masih menunggu waktu yang sesuai untuk berkongsi berita gembira itu dengan orang ramai.

Muncul dengan produk terbaru iaitu pelitup muka, Neelofa mengambil kesempatan menggunakan Instagram beliau yang mempunyai para pengikut yang ramai dengan mempromosikan produk berkenaan dengan membuat video ringkas bersama suaminya.

Menerusi video yang dikongsikan, Neelofa menulis beberapa dialog yang mencuit hati para oeminat. Malahan di lihat di dalam video, Neelofa dengan lemah lembut dan mesra menukarkan pelitup muka dan memakaikan pelitup muka berwarna putih untuk suaminya.

Video tersebut turut menyelitkan beberapa mesej bahawa setiap perbuatan isteri buat suaminya merupakan pahala.

Di akhir video kemudiannya Neelofa berkata cukup setakat itulah beliau menunjukkan sisi manis beliau dan suaminya sekali sekala kerana tidak mahu para peminat akan muak pula nanti.

Bagaimanapun berlainan pula apabila menjengah keruangan komen kerana para peminat meminta Neelofa berkongsi lagi video beliau dan suaminya kerana tidak puas melihatkan pasangan yang masih dalam fasa bulan madu itu berkongsi video bersama. Berikut antara komen- komen yang ditinggalkan netizen.

Pelbagai dugaan telah di hadapi oleh pasangan sensasi Neelofa dan PU Riz seawal perkahwinan mereka. Tidak mudah menjadi suami kepada Neelofa iaitu seseorang yang begitu dikenali ramai kerana amanah dan tanggungjawab yang perlu di pikul begitu besar dek kerana membawa nama pasangannya bersama dalam apa jua tindakan dan keputusan yang melibatkan mereka.

Walaupun Neelofa dan suaminya tidak mengakui mahupun menidakkan mengenai kehamilannya namun para peminat tetap mendoakan pasangan ini. Semoga perjalanan sepanjang tempoh kehamilan beliau dipermudahkan dan diberikan kelancaran.

Sumber: ig neelofa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!