“Aduii last sekali tu suami sapa tu”-Netizen

Sudah semestinya tugas sebagai penyanyi antarnya ialah menghiburkan peminatnya. Selain mempersembahkan bakat nyanyian nya, mereka juga harus menyantuni para peminatnya, kalau tak layan karenah mereka,takkan ada lah yang akan meminati kita kan, nanti akan dicop artis s0mbong pula. Betul tak ?

Begitulah rutin semua artis,baru-baru ini Iman Troye ada membuat persembahan di MAHA. Enjoy betul tengok Iman menyanyi dan menari bersama anak-anak istimewa. Adik-adik tu pun kelihatan seronok menari bersama Iman.

Tapi,lain pula jadinya ketika di hujung video tersebut, kelihatan seorang jejaka yang datang kepada Iman dan selfie bersama nya. Bak kata netizen, “laki sapa tu duk bergambar dengan Iman”. Haa, kantoi pula, siapa pula tu.

Nakal ye komen netizen, siap ada yang cakap part last tu kena cut takut kantoi suami siapa ajak Iman selfie. Adoi, boleh tahan juga komen para netizen ni. Entah ya atau tak jejaka tersebut sudah berkahwin atau masih bujang.

Tapi, kalau kita sendiri pun, terserempak dengan artis kegemaran kita, sudah semestinya kita teruja dan meminta untuk bergambar dengan nya, mana taknya. Bukan senang dapat jumpa dengan artis tersebut secara face-to-face.

Dan begitu juga dengan Iman, haruslah menyantuni peminatnya, orang ajak bergambar kenalah sentiasa onz saja. Pun begitu, mereka kelihatan sangat gembira, terutamnya anak-anak istimewa itu. Semua pakat teruja dapat jumpa Iman.

Antara komen netizen ialah “Part last taknak cut eh”, “Iman sporting habis, layan je mereka”, “Comel lah Iman and the kids” dan banyak lagi. Memang sporting habis lah Iman Troye duk melayan gelagat peminatnya.

Tak dapat dinafikan bahawa semuanya sporting dan memainkan peranan masing-masing dalam menghiburkan para tetamu yang hadir ke MAHA. Kalau takdek persembahan sebegini,mungkin tidak berapa meriah dan agak hambar, yelah, orang ramai penat berjalan meninjau gerai, pasti sedikit sebanyak nak kan hiburan.

Agaknya ada juga yang ingin ke MAHA semata-mata nak jumpa artis kesayangan mereka. Bukan saja golongan dewasa nak suka ke sana hanya ingin membeli barang pertanian,tetapi kanak-kanak juga turut serta meninjau dan mencari pelbagai aktiviti menarik di sana.

Sumber : Ig Imantroye

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!