“Pandai pulak budak kecik ni berlakon, so cute” – Netizen

Sememangnya kalau dah menjadi pasangan suami isteri ni, memang banyak surprise yang diberikan. Yelah, kenalah sweet sweet selalu dengan pasangan masing-masinh kan. Kerana menda itulah yang akan membuat kan pasangan kita lebih sayang kepada kita. Seronok kan kalau tiap hari dapat surprise dari pasangan masing-masing.

Pun begitu, tidak perlu habiskan banyak wang ringgit pun untuk buat surprise. Cukup lah sekadar yang memadai dan buatkan hati pasangan kita gembira. Kalau nak habiskan banyak ringgit pun, tak mengapa, itu atas pilihan masing-masing. Betul tak ?

Lebih-lebih lagi, zaman sekarang ni segala hadiah dan surprise boleh dapat dan boleh dibeli di internet je tau. Tak perlu bersusah payah nak pergi DIY ulang alik sana sini untuk beli segala persiapan. Cukuplah hanya scroll dan bayar. Seronok kan ?

Ada dimuat naik video Eyra dan juga anak kesayangan nya Hayder yang buat surprise untuk daddy kesayangan nya tu. Haa, selalu saja tengok family ni buat surprise sesama sendiri, comel sangat semuanya. Nilah antara family yang selalu mencuit hati kita semua, comel comel semuanya.

Dari mula-mula video tersebut, sudah nampak kelibat comel Hayder yang selalu saja mencuit hati para netizen. Para netizen dekat luar sana pun, tiap kali tengok kelibat Hayder je, sudah pasti akan terhibur dan geram dengan perangai comel nya tu. Aishh, tak boleh betul lah, comel sangat budaknya.

Haziq pun pandai sangat berlakon nya, buat-buat tutup mata tau. Kononnya surprise, pandai satu family ni berlakon. Kita yang tengok ni pun geli hati dengan perangai mereka ni kan. Ni mesti semua nya mewarisi bakat Eyra yang juga seorang pelakon di zaman remaja nya.

Bila dah buka hadiah tu, tersenyum lebar Haziq terharu dan teruja dek kerana dapat hadiah dari isteri kesayangan nya tu. Hadiah nya pun boleh tahan lawa, siapa yang berminat bolehlah usha-usha di pages produk tersebut. Mana tahu nak bagi kesayangan juga kan lepas ni.

Dan paling menarik sekali, kebanyakan netizen sangat terhibur dan teruja melihat gaya Hayder yang pandai berlakon tu. Hayder ni buat jelah apa-apa pun, sudah semestinya akan menghiburkan hati kita semua, autom4tik terhibur dan terketawa melihat karenah si kecil comel tu tau.

Lepasni, harap nya lebih banyaklah video lucu dan telatah dari anak-beranak Haziq dan Eyra ni. Agaknya nanti Endra dah besar, mesti boleh join abang Hayder dia suka hiburkan hati netizen semua. Mesti lagi gempak kan family Haziq dan Eyra tu nanti.

Sumber : Ig Eyra.hazali

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!