“Ni nama dia senyum dalam tangis” – Netizen

Baru- baru ini, pelantun lagu Xde Hal Bro iaitu Caprice telah mengejutkan ramai pihak apabila secara diam- diam telah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita yang dipercayai berstatus ibu tunggal anak satu. Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Farra Inalis merupakan seorang usahawan yang mempunyai seorang anak perempuan berusia lima tahun bernama Alesya Sofea.

Caprice atau nama sebenar beliau Ariz Ramli di lihat telah berkongsi beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan beliau bersama Farra Inalis namun memaklumkan akan menjelaskan kepada umum alasan di sebalik beliau merahsiakan pernikahan berkenaan.

Mengambil kesempatan di atas jemputan rancangan Meletop untuk muncul di program berkenaan pada hari Selasa yang lalu, Caprice dan Farra akhirnya mendedahkan bahawa mereka berdua tidak dapat menghebahkan mengenai berita pernikahan tersebut kerana berhadapan pelbagai cabaran dan ujian dalam proses menghalalkan hubungan mereka.

Walaupun begitu, Farra berkata beliau tetap yakin untuk meneruskan hubungan berkenaan apabila keluarga Caprice turut memainkan peranan dalam memberikan semangat buat dirinya agar terus tabah dalam mengharungi cabaran berkenaan.

Farra Inalis yang mesra di sapa sebagai Elis pernah mendedahkan sudah enam tahun bergelar ibu tunggal. Menurut sumber terdekat, Elis dan juga Caprice sebenarnya sudah lama berkenalan namun hubungan antara mereka tidak terlalu lama atau baharu.

Bahkan Caprice dan Elis hanya mengambil masa tidak sampai setahun untuk mengenali hati budi sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Menurut Elis, Caprice juga seorang yang sangat penyayang dengan budak dan Caprice juga berjaya memenangi hati beliau apabila berjaya menambat hati anak perempuannya Aleesya.

Menerusi perkongsian terkini di Instagram sementara Caprice, beliau berkongsi kehidupan beliau setelah bergelar suami dan bapa. Setelah berkahwin, tentunya kehidupan menjadi meriah dengan kehadiran isterinya Farra Inalis dan anak Aleesya Sofea. Tidak kurang juga apabila sesekali keluarga mertua datang melawat pastinya akan lebih meriah dengan kehadiran anak saudara.

Umum mengetahui, ketika Caprice mengulas isu-isu semasa di media sosial, Caprice sentiasa menunjukkan beberapa koleksi mainan peribadi beliau. Koleksi berkenaan telah di simpan di rumah beliau di dalam sebuah bilik.

Bagaimanapun perkongsian video Caprice yang memaparkan reaksi beliau bila mana anak tirinya Aleesya dan sepupu kanak- kanak berkenaan teruja untuk bermain dengan beberapa koleksi – koleksi permainan milik Caprice telah menghiburkan para netizen.

Menerusi caption yang ditulis oleh Caprice, beliau menyebut bahawa beliau perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan baru berkenaan.

Lumrah kanak- kanak pada usia seperti Aleesya pastinya suka bermain dan amat menggemari permainan. Apatah lagi sekiranya permainan berkenaan tersusun rapi dan mempunyai pelbagai koleksi di rumahnya. Ada sahaja permainan Daddy Caprice yang akan menarik minatnya.

Melihatkan keadaan berkenaan, netizen meminta agar Caprice banyak bersabar dalam melayani gelagat anak tirinya itu. Sudah tentu kehidupan Caprice tidak akan sama lagi sewaktu bujang sebelum ini.

Tidak kurang juga netizen yang memberikan pelbagai pendapat dan tips buat Caprice dalam mengendalikan situasi tersebut. Berikut dikongsikan pelbagai reaksi yang ditulis oleh netizen terhadap video tersebut.

Rata- rata netizen amat terhibur melihat Caprice yang baru bergelar suami dan juga bapa dalam mengendalikan situasi tersebut. Sudah pasti Caprice dalam keadaan serba salah dalam mengawal anaknya itu dalam masa yang sama juga perlu melindungi koleksi permainan kesayangan.

Semoga kehidupan baru Caprice ini bakal menambah warna dalam kehidupan dan mematangkan diri beliau dalam menempuhi kehidupan berumahtangga serta menggalas tanggungjawab bergelar suami dan bapa.

Sumber: ig signbycap

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!