“H0t bethol” – Hanis Zalikha

Ini seorang lagi selebriti tempatan yang imejnya mendapat perhatian netizen. Dengan mata kuyu dan berwajah ayu, biarpun sudah berumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata, bukan saja perkembangan terbaharu, penampilan diri selebriti, Mira Filzah tetap menjadi perhatian peminat dan pengikutnya. Buktinya, tiap kali Mira memuatnaik hantaran di medsos pasti ia mendapat ribuan views dan komen.

Apatah lagi pengikut di Instagramnya kini sudah mencecah 7.3 juta. Ia membuktikan betapa kuatnya peng4ruh insan bernama, Mira Filzah ini. Untungnya orang helok ni.

Begitupun harus diingat, bila dah ramai pengikut, pastilah banyak ragamnya. Kadang apa dikomen netizen mencuit hati dan menjadi hiburan pula buat peminat. Seperti dalam hantaran Mira kali ini.

Jangan tak tahu… Gaya Mira posing di lensa kamera pun peminat tengok tau… Kalau perasan, amat jarang Mira berkongsi imejnya dari sudut pandang hadapan. Selalunya dari sisi saja.

Kiranya dalam hantaran ni bertuahlah peminat dapat menatap mukanya dari depan dengan pencahayaan yang agak jelas dan nyata. Apatah lagi mekapnya kali ini tampak garang dengan lipstik merah menyala.

Jarang Mira bersolek begini. Lazimnya dia hanya bermekap yang nampak natural dan lembut. Ramai yang perasan perbezaan penampilan Mira kali ni. Sekali-sekali ubah angin apa salahnya…

Tak kurang rakan artis yang memuji ketrampilannya ketika satu majlis makan malam itu. “Cantiknyaaa Miraaa”,  coret pelakon, Elvina Mohamad dan “Cantikkkk angat”, tulis Elfira Joy. Kata selebriti. Hanis Zalaikha pula, “H0t bethol”.

“Jarang Mira tangkap gambar straight face, soo lawaaa.. selalu side face hehe”, “Muka mira ni ssuai mekap soft2 je sb mgkn air muka dia lembut”, “Ingt ke jisoo pakai tdung… sbijik”. Itu pula kata netizen.

Mira mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, anak kepada pasangan ahli p0litik Mastura Mohd Yazid dan Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad pada 3 September 2020.

Mira selamat melahirkan bayi lelaki mereka pada 10 Mei lalu. Apa pun Mira pun masih muda iaitu 29 tahun. Mestilah dia mahu mencuba. Takkan nak tampil imej sama saja kan…


Sumber : IG Mira Filzah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!