“Muka laki dah pasrah tu Lizzy” – Netizen

Kesian lah min tengok kat suami Lizzy ni yang keberatan sungguh nak angkat si Lizzy dalam satu senaman yang Lizzy kongsikan menerusi akaun Instagramnya. Dah berkerut kerut dahi suami si Lizzy min nampak. Mesti Lizzy ni berat kan. Hehehe. Kononnya kata Lizzy, senaman ni sesuai untuk pasangan yang sudah berkahwin sahaja. Ha’ah betul la tu. Kan intiim sangat posisi senaman ni. Tapi senaman ni memang sesuai sangatlah bagi pasangan suami isteri yang sudah berumahtangga. Cuma si suami tu kalau boleh haruslah yang kuat dan sado.

Bukannya apa, takut tak dapat nak angkat bini sendiri yang kadang-kadang lebih berat berbanding si suami. Risau juga min kalau ada yang nak ikut ikut trending ni tapi akhirnya saakit pinggang. Terpaksa juga sapu uubat yoko yoko nanti, hehehehe.

Lizzy atau nama sebenar Elizabeth Tan Su Mei telah melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihan Lizzy, Siew Jim, yang juga merupakan seorang ahli perniagaan. Majlis perkahwinan mereka ini diadakan secara sederhana dan tertutup disebabkan oleh pematuhan SOP.

Hanya ahli keluarga yang terdekat sahaja hadir ketika majlis ini berlangsung. Banyak juga peminat Lizzy yang kecewa menonggeng ketika mendengar berita ni, terutama sekali para peminat lelaki. Tapi selepas beberapa bulan, keadaan mula reda dan Lizzy pun seperti biasa tetap menjadi selebriti yang menjadi kegilaan ramai.

Lizzy yang baru berumur 28 tahun pada tahun ini mempunyai followers sebanyak 1.9 million dalam akaun Instagramnya. Baru-baru ini pada empat hari yang lepas, Lizzy telah memuat naik satu video pendek berdurasi kurang daripada 30 saat yang telah berjaya memperoleh likes sebanyak 73,333 dan 420 komen daripada para followersnya.

Dalam video pendek yang dikongsikan Lizzy itu, Lizzy dan suaminya, Jim sedang melakukan satu senaman buat pasangan berkahwin. Elok sangatlah Lizzy cakap senaman tu untuk suami isteri sahaja sebab min rasa kalau kita buat dengan kawan memang sangat tak sesuai la.

Apa taknya, dahlah b0ntot Lizzy tu hampir tersentuh dengan muka Jim, melekat pula celah kangkang Lizzy tu kat badan Jim. Kalau yang baru bercintan-cintun tu elakkan dahulu buat workout begini dengan kekaasih gelap kamu tu ye.

Part yang menarik perhatian netizen adalah reaksi muka Jim semasa sedang mengangkat Lizzy. Banyak netizen yang mentertawakan nasib malang si Jim ni.

Rata-rata warganet memberi komen bahawa suami Lizzy ni pasti keberatan yang amat kerana sempat mengacipkan gigi semasa mengangkat Lizzy. Reaksi muka Jim pun dah boleh agak dah berat Lizzy tu level apa dah. Kahkahkah.

Namun yang berjaya mencuri perhatian min dalam ruangan komen ni adalah apabila geng-geng single mula menyuarakan kesedihan mereka.

Risau jugak geng-geng single ni nak buat workout ni dengan siapa sebab masih lagi belum berpunya apatah lagi berkahwin. Sabar je la geng single.

Jadi korang pula tergolong dalam kumpulan yang mana? Kalau tergolong dalam kumpulan single, meh sama-sama duduk menangis kat bucu katil sambil mengenang nasib badan. Kehkehkeh.

Lizzy yang merupakan seorang penyanyi kini turut bergiat aktif dalam bidang lakonan. Terbaru, Lizzy turut terlibat sama dalam drama Gerak Khas Undercover yang dipenuhi dengan aksi lasak antara polis dan penjenayah. Pastinya peminat Lizzy tak sabar-sabar nak tonton drama ni.

Drama ini turut dibintangi oleh barisan pelakon yang hebat-hebat belaka seperti Erra Fazira, Dato Aaron Aziz, Dato Sri Eizlan Yusof, Raja Afiq, Salina Saibi dan Ruzana Ibrahim. Dengan tema antara hidup dan mati, sudah cukup membuatkan bulu roma penonton setia siri Gerak Khas ini berdiri tegak.

Bagi peminat Lizzy dan juga Gerak Khas, jangan lupa untuk menonton drama ni yang bukan sahaja padat dengan aksi-aksi yang mendebarkan, namun turut padat dengan nasihat.

Semoga Lizzy berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi dan min turut mendoakan kebahagiaan pasangan Lizzy dan Jim. Jangan pula Jim saakit kepala layan kerenah Lizzy tau. Kalau saakit pinggang gara-gara buat workout tu tak apa, tu kan penyeri rumah tangga. Hehehe..

Sumber: Instagram Lizzy

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!