“Teringat Maria naik basikal dengan Awie” – Netizen

Sejak kebelakangan ni, rakyat Malaysia semakin minat pulak dengan sukan berbasikal. Tak kisah lah di mana. Di bandar besar ke, di kampung ke, di mana-mana jelah, pasti ada yang mengayuh basikal setiap hujung minggu di tepi jalan raya atau di taman awam. Mungkin negara kita sudah patut menyediakan satu laluan khas buat para penunggang basikal sahaja agar risiko untuk mereka mengalami kmlgan akibat bertembung dengan kenderaan lain dapat dikurangkan.

Kadang-kadang rasa risau juga tengok pengayuh basikal ni yang terpaksa mengayuh di tepi jalan. Yelah, kita kan rakyat Malaysia yang prihatin. Sudah tentu secara automatik kita akan memikirkan nasib pengguna jalan raya yang lain.

Walaubagaimanapun, wujud juga segolongan manusia yang memaki penunggang basikal ni kerana pergerakan mereka di jalan raya pada pendapat mereka menyusahkan pengguna jalan yang lain.

Sukan berbasikal ini juga semakin hari semakin popular bagi para artis negara kita. Seperti pelakon dan penyanyi terkenal Erra Fazira yang juga turut memilih sukan ini sebagai hobi mengisi masa lapang beliau.

Tak sangka Erra masih lasak seperti dahulu kala. Ujarnya dalam satu postingan yang dikongsikan melalui akaun Instagramnya, dia (Erra) masih ‘newbie’ dalam sukan berbasikal ni.

Gambar perkongsian Erra ini telah mendapat likes sebanyak 30,657 dan 273 komen. Nampaknya ramai yang teruja melihat pelakon Maria Mariana kembali aktif dan lasak seperti dahulu kala.

Erra juga kelihatannya sangat gembira kerana berpeluang untuk turut serta dalam aktiviti ini setelah berbulan-bulan tidak melakukan aktiviti berbasikal dan bersenam. Jom lihat gambar serta video Erra yang sedang berbasikal di bawah.

Walaupun Erra dalam keadaan yang penat serta berpeluh, para netizen masih sempat memuji kecantikannya. Bertuahnya Erra, dah berpeluh pun peminat masih puji cantik. Kita kalau dah penat, jangankan cantik, comel pun belum tentu ada. Kahkahkah.

Nampaknya ada juga para followers Erra yang teringat kembali watak Maria dalam Maria Mariana semasa menunggang basikal bersama Awie.

Nostalgia betul para peminat Erra rupanya. Macam baru semalam je filem tu ditayangkan apabila terlihat gambar Erra sedang menunggang basikal.

Namun yang menarik perhatian min semasa membaca ruangan komen ini adalah apabila terdapat beberapa warganet yang sempat menegur cara pemakaian Erra.

Kata mereka, pemakaian Erra semasa mengayuh basikal ni agak ketat dan kalau boleh cuba elakkan pakaian yang ketat. Haih, takkan lah nak bersukan mengayuh basikal pun nak pakai baju kurung?

Apa-apa pun, setiap orang ada pendapat tersendiri mengenai bab pemakaian semasa bersukan. Dan yang pastinya, min yakin Erra juga ada mengambil berat mengenai perkara ini.

Tapi kalau tak? Pandai-pandailah Erra memilih pakaian sukan berbasikalnya. Yang penting Erra gembira dengan hobinya ini. Kahkahkah.

Sumber: Instagram Erra Fazira

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!