“Uish apa je xblh buat, lumba kereta boleh motorcross pun boleh”- Netizen

Bila berkumandangnya lagu-lagu penyanyi Wany Hasrita, ramai menyukai alunan suara Wany yang lunak dan merdu itu. Dengan hanya bermula daripada aplikasi Smule, nama Wany telah menjadi popular dalam industri hiburan tanah air selepas beberapa lagu yang dinyanyi Wany di Smule sebelum ini menjadi tular pada awal permulaan karier nyanyiannya.

Secara umumnya, ramai mengenali Wany seorang gadis yang lemah lembut dan sopan santun. Buktinya, gaya percakapan Wany pun dah tahu orangnya memang lembut dan berbudi bahasa.

Namun siapa sangka, di sebalik kelembutannya gadis berusia 28 tahun ini gemar dengan aktiviti sukan lasak. Sukan lasak yang diminati Wany antaranya ialah sukan lumba kereta.

Bukan setakat lumba kereta saja, litar lumba pun sudah menjadi padang mainan buat Wany sendiri seperti yang kita lihat di Instagram miliknya.

Malah baru-baru ini, Wany berkongsi pengalaman pertama menaiki motor cross di instagram. Handal dan ladak sungguh ya wany.

Walaupun baru pertama kali bermain motor secara off road, Wany kelihatan cekap membawa motor.

Sementara itu, foto Wany telah menerima pelbagai respon daripada rakan artis dan peminat-peminatnya.

Ramai teruja melihat Wany handal dalam aktiviti sukan lasak. Untungnya Wany, dah lah pandai dengan sukan lasak cantik pula tu..

Bila dapat aktiviti lasak macam Wany buat, memang hil4ng stres bekerja hehe..

Sumber: Instagram wanyhasrita

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!