“Wang ringgit xyah lah nk tunjuk, mendatangkan riak” – Netizen

Sebagai seorang ibu pasti akan sentiasa mengingati tarikh keramat cahaya matanya dilahirkan. Lazimnya hari jadi anak tersayang semestinya disambut dengan kaedah istimewa mengikut kegemaran mahupun kemampuan masing-masing. Yang pastinya penuh makna, diva selebriti, Rozita Che Wan atau Che Ta juga mengambut hari jadi anak tersayangnya, Aniq Ezzra, 23 dengan caranya sendiri.

Bertempat di sebuah hotel di ibu negara, dengan berbusana serba biru laut, Che Ta, suaminya, Zain Saidin, dan dua lagi anak mereka iaitu si teruna, Ammar Effendy, 25 dan little princess, Aaisyah Dhia Rana Zain, 7 tampak ceria menyambut hari jadi Aniq.

Agak gempak juga hadiah hari jadi buat Aniq apabila dia menerima sebuah briefc4se yang dipenuhi dengan wang. Hinggakan ramai yang teruja dengan hadiah diterimanya itu, selain tak kurang yang berjenaka hendak menjadi anak Che Ta tatkala melihat wang ‘berkepuk-kepuk’ itu.

Foto Aniq dengan ‘beg wang’ berkenaan disertai kapsyen Che Ta yang berbunyi, ‘Cukup dak duit sepeti ni nk yak yak yei kt kk?’ disertai coretan harapan beliau terhadap anak tersayangnya itu turut mendapat perhatian netizen di ruangan komen hantarannya di IG.

Paling tak tahan apabila ada yang mempertikaikan mengapa Che Ta didakwa menunjukkan wang ringgit yang boleh mendatangkan riak. Alahai… Padahal hadiah briefc4se dipenuhi wang itu sebenarnya hanyalah sebuah kek dalam bentuk replika sedemikian rupa… Adeh…

Menariknya, ‘teguran’ itu dibalas sendiri oleh Che Ta dengan mengatakan bahawa dirinya ‘tiada duit pun nak menunjuk’ sambil taq si pembuat kek berkenaan. Memang stail sungguh kek tersebut.

Kalau sekali pandang dalam gambar memang nampak macam beg penuh dengan duit kertas not RM100 sungguh… Padanlah ramai yang tertipu. Dalam pada itu tak kurang juga yang membalas komen ‘teguran’ netizen itu pada Che Ta.

Yang pasti, ramai prihatin yang membalas komennya dengan menerangkan bahawa ‘benda’ yang ditunjukkan dianggap riak itu adalah sebuah kek dan mempertikaikan adakah dengan menunjukkannya boleh dianggap riak.

Macam-macam netizen ni kan… mesti tak perasan komen netizen lain, bahkan Che Ta sendiri yang telah memberitahu tentang kek tersebut. Apa-apa pun memang ramai pulak yang teringin nak buat kek sama.

Sebelum mendirikan rumah tangga dengan Zain, Che Ta pernah berkahwin dengan seorang juruterbang syarikat tempatan bernama Azuar Effendy Zulkaply pada 26 Ogos 1995 dan mendapat dua cahaya mata, iaitu Ammar dan Aniq.

Sumber : Ig Rozita Che Wan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!