“Fokus kat baby bump Intan je” – Netizen

Pasangan selebriti beza usia 17 tahun, siapa lagi kalau bukan pasangan suami isteri Harris Alif dan Intan Ladyana yang bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi. Ramai netizen telah menyedari kandungan Intan yang semakin membesar dan jelas kelihatan baby bump milik Intan menerusi perkongsian gambar di laman sosial media.

Pasangan sama cantik sama padan ini nampaknya lebih memilih untuk merahsiakan usia kandungan Intan dan kurang memuatnaik gambar Intan yang kini sedang berbadan dua.

Melihat pada laman Instagram Intan, beliau jarang sekali memuatnaik gambarnya yang sedang hamil. Dan kurang aktif berkongsi rutin hariannya di sosial media.

Namun baru-baru ini, Intan berkongsi video yang jelas kelihatan dirinya sedang sarat hamil. Video tersebut asalnya untuk mempromosikan produk karpet milik pelakon Dazrin.

Mata netizen lebih tertumpu kepada baby bump milik Intan. Malah lebih berseri melihat ibu mengandung ini bak kata netizen.

https://www.instagram.com/p/CXkhrIhJd7A/?utm_medium=copy_link

Rata-rata netizen teruja melihat perkembangan terbaru dari Intan dan tidak sabar untuk melihat cahaya mata sulung pasangan selebriti ini tidak lama lagi.

“Sis tengok intan lebih drpd karpet tu, semoga dipermudahkan intan nak bersalin nanti, Comelnya baby bump tu”-Netizen

Nampaknya ramai netizen lebih fokus tengok baby bump intan, comel je.. Semoga Intan dipermudahkan bersalin tak lama lagi ye..

Sumber: Instagram intanladyana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!