“Ahh bersemut dah” – Awal Ashari

Cerita pasal pasangan ni kan, mesti satu je perkara yang terlintas di dalam kepala kita. Ya, sweet yang terlebih. Lagi-lagi dengan pasangan yang baru mula nak up. Yelah, biasalah tu. Masih dalam fasa permulaan kan. Dulu kitorang pun mesti pernah bermanja-manja dengan kekaasih hati masing-masing kan yang akhirnya menjadi jodoh orang lain. Susah susah je jaga jodoh orang. Kahkahkah. Kalau dulu baru mula-mula bercinta, nasi sepinggan mesti tak habis. Tapi tak apa, sekurang-kurangnya rezeki si meow ada.

Bagi yang lelaki pula, mesti sanggup berbuat apa sahaja kan? Lautan api sanggup diredah bagai, padahal baru hujan lebat sikit dah cancel plan. Kihkihkih. Apa? Korang tak pernah gitu? Ahh, tak percaya lah.

Bukan orang biasa biasa je yang pernah melalui saat terlebih sweet ni. Artis pun tak lari tau. Yelah, mereka pun manusia, bukannya patung takde perasaan kan.

Tengok sahaja artis-artis tanah air kita yang terkenal di seluruh pelosok dunia. Macam Dato Siti Nurhaliza dengan suaminya, Datuk K, yang merupakan ahli perniagaan.

Mereka ni antara pasangan suami isteri yang mana dulunya agak viral juga di kalangan netizen disebabkan oleh perbezaan umur yang ketara. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada bulan Ogos tahun 2006 dengan perbezaan umur selama 20 tahun.

Bermacam-macam reaksi para peminat Dato selepas mengetahui tarikh pernikahan pasangan ini. Tapi syukur, setelah 15 tahun membina mahligai cinta, pasangan ini masih lagi bahagia hingga ke saat ini. Malah, pasangan ini telahpun dikurniai dengan dua orang cahaya mata, Aafiyah dan Afwa.

Korang dah lihat ke video baru Dato Siti yang dikongsi melalui akaun Instagramnya baru-baru ini? Video pendek berdurasi kurang daripada 15 saat itu nampaknya berjaya menaikkan gula dalam badan setiap followers Dato.

Sebenarnya aksi mesra pasangan ni taklah terlalu ‘over’, tetapi kebanyakan komen para followers IG Dato ni semuanya lucu-lucu belaka. Video tersebut juga tidaklah terlalu ‘cr1nge’ pada pendapat min.

Mungkin terdetik di hati Dato nak uji suaminya semasa jalan tengah ‘jam’ masa tu. Klik link di bawah untuk menonton  video yg min maksudkan itu.

Amacam? Sweet je kan. Alah, biasalah tu laki bini nak ciium tangan pasangan masing-masing. Tapi yang tak boleh tahan tu part komen netizen ni. Berdekah ketawa membaca satu persatu komen para warganet ni.

Warga Malaysia ni memang tak sahlah kalau tidak memberi komen yang mencuit hati. Jom lihat sebahagian komen-komen lucu para followers Dato termasuklah Awal Ashari di bawah ni.

Ada juga para netizen yang sempat berlawak bahawa orang yang single akan menaangis jika terlihat adegan manja pasangan ni. Betul ke tu orang single? Kahkahkah.

Aafiyah dan Afwa yang kini masing-masing berusia 3 tahun dan 5 bulan pasti seronok melihat kebahagiaan ibubapa mereka ni kan. Bukan yang baru bercinta atau baru berkahwin je patut bermanja-manja dengan pasangan tau.

Bagi pasangan ‘legend’ yg sudah berkahwin bertahun-tahun lamanya pun harus bermanja-manja serta bersweet-sweet dengan pasangan masing-masing supaya hubungan kekal lama dan berbahagia. Jaanganlah asyik nak teriak je dekat pasangan kamu tu, nak juga c1um ciium tangan sekali sekala. Aww gitew.

Apa-apa pun, harap Dato Siti dan Datuk K berbahagia hingga ke jannah. Mungkin video Dato ni boleh dijadikan trend bagi yang sudah berkahwin.

Yang sudah berkahwin ya, yang baru berstatus kekaasih bayangan tu jangan memandai-mandai nak ciium tangan gf atau bf kamu pula. Haah, gatal. Kehkehkeh.

Sumber: Instagram Dato Siti

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PYP4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!