“Ya ampun Muhammad ikut ibu dia la ni” – Shera Aiyob

Bagi para pembaca yang sudah berkeluarga dan mempunyai cahaya mata, min pasti kamu sudah ‘masak’ dengan perangai serta gelagat anak-anak kecil. Ada saja telatah menghiburkan mereka setiap hari. Tapi tidak kurang juga dengan gelagat nakal mereka yang terkadang buat para ibu rasa macam nak jentik je pipi mereka. Opps, hehe. Lebih-lebih lagi dengan anak yang masih berumur 12 tahun ke bawah, ya ampun, perangai tak ubah persis abang nyet nun di atas pokok kelapa. Lompat ke sana ke situ ke sini, apabila berteriak satu kampung pun boleh dengar. Harap bersabar saja la ya bagi para ibu di luar sana. Sebab itu kenapa wajib ada ubat panadol dalam rumah. Agar para ibu sekalian dapat mengubati saakit kepala. Kahkahkah.

Perkara ini turut terjadi kepada Diana Danielle, pelakon dan penyanyi jelita kelahiran United States. Diana yang sudah memiliki dua orang cahaya mata iaitu Aurora dan Muhammad, kini turut giat dalam mempromosikan produk kecantikan menerusi akaun Instagramnya.

Isteri kepada pelakon tampan Farid Kamil ini, walaupun sudah berumur 30 tahun dan sudah mempunyai dua orang cahaya mata, tetapi masih tetap kelihatan muda dan menawan. Tak hairanlah, sebab Diana ni kan ada kacukan American.

Bagi para followers Instagram Diana, min pasti kamu sudah melihat video gelagat Muhammad atau Chemad yang baru berusia 8 tahun ini. Menerusi postingan video Diana yang berdurasi kurang daripada 10 saat itu, Chemad dengan gelagatnya yang lucu berjaya mencuit hati para netizen.

Walaupun video itu singkat sahaja, namun ia tetap berjaya meraih likes sebanyak 11,636 dan 153 komen. Jom lihat perkongsian video tersebut di bawah.

Siapa sahaja yang tidak terhibur melihat gelagat lucu Chemad ni kan? Dah macam itik min lihat lenggokan awak tu Chemad. Rata-rata netizen tertawa melihat gaya Chemad semasa menolak troli di supermarket.

Biasanya anak pertama memang pelik bercampur lucu ke perangai tu? Min nak tanya je sebab min masih bujang. Hehehehe.

Alahai, ada-ada je dengan perangai anak Diana yang sulung ni kan? Anak Diana yang kedua pula iaitu Aurora, kini sudah berusia 6 tahun. Sebelum ini, Diana ada mengungkapkan rasa gembira dalam akaun Instagramnya kerana anak-anaknya sudah besar apabila dia mencecah umur 30 tahun.

Diana tidak menyesal kerana telah berkahwin pada usia yang muda malah bersyukur telah dikurniai dengan anak yang cukup aktif. Ada kebaikan serta hikmahnya bagi orang yang memilih untuk berkahwin awal ni.

Sememangnya, tidak dapat dinafikan lagi bahawa kehadiran anak-anak dalam kehidupan pasangan yang sudah berkahwin ni banyak membawa kebahagiaan buat ibu bapa. Telatah anak-anak yang nakal ini pasti akan dirindui suatu hari nanti apabila mereka sudah menginjak ke alam dewasa.

Oleh itu, hargailah masa kanak-kanak mereka dan berilah kasih sayang yang secukupnya buat mereka. Nescaya mereka akan menjadi anak yang taat pada kedua ibu bapa.

Sumber: Instagram Diana Danielle

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!