“Teknik turun tangga reverse, mmg anak Kapten Hanif” – Dayah Bakar

Mengajar dan mendidik anak itu tak kan berakhir prosesnya untuk ibu bapa. Daripada anak itu masih kecil hinggalah mereka besar dan dewasa, kita sebagai ibu bapa seharusnya tidak terlepas dari mendidik mereka tidak kira dari cara menunjukkan cara atau menasihati mereka supaya mereka membuat keputusan yang sebaik-baiknya dalam kehidupan mereka kelak.

Begitu juga lah personaliti tv tempatan dan pengacara, Dayah Bakar yang masih punyai perjalanan yang jauh dalam mendidik anak sulungnya. Beliau yang telah mendirikan rumahtangga bersama seorang kapten sejak 2018 telah dikurniakan seorang anak lelaki.

Anak lelaki mereka, Achbar Muhammad Fahri yang baru sahaja mencecah 1 tahun pada Ogos lalu dilihat semakin bijak dan pelbagai keletah gelagatnya. Baru-baru ini, Dayah berkongsi sebuah video dimana anaknya itu sudah pandai turun tangga.

Dilihat di dalam video tersebut, Fahri sudah pandai mengundurkan diri untuk menuruni tangga di rumah kediaman mereka. Ia adalah satu perkembangan yang bagus buat bayi seusia Fahri.

Dayah berkata dalam kapsyen beliau bahawa anaknya itu sangat mengikuti jejak suaminya iaitu seorang kapten.

Netizen sangat memuji perkembangan Fahri itu dan ada juga memuji kecomelan anak kecil ini yang sangat pandai untuk mencuba menuruni tangga tersebut.

Setiap anak itu akan lalui perkembangan mereka dengan perlahan-lahan. Lambat laun, mereka akan pandai dalam sesuatu perkara sehingga mahir. Memang bukan senang untuk mendidik anak tapi itulah lumrah ibubapa harus mendidik anak-anak hingga mereka berjaya berdikari.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!