“Nangis bila tengok Talita nangis masa Atuk dia cakap anak yatim” – Netizen

Menerusi perkongsian di Instagram arwh Siti Sarah telah di muatnaik satu video yang memaparkan anak- anak kepada Shuib dan arwh Siti Sarah perlu mengadap atuk mereka iaitu bapa kepada arwh Siti Sarah sendiri, Raisuddin Hamzah setelah mereka bertiga bergaaduh sesama sendiri. Atuk mereka dalam nada yang tegas telah menegur kesilapan tiga orang adik beradik itu dan mahu mereka supaya menyedari kesilapan masing- masing dan berdamai.

Sudah menjadi lumrah kanak- kanak dalam usia seperti Uwais, Talita dan Matin akan sentiasa bertelagah antara adik beradik kerana masih belum mengerti apa- apa. Namun sebagai ahli keluarga yang terdekat, Atuk mereka begitu perihatin dengan memainkan peranan supaya adik beradik itu tidak terus bergduh dan kembali untuk saling sayang menyayangi antara mereka bertiga.

Semasa sedang memberikan nasihat terhadap Uwais, Talita dan Matin, Raisuddin telah berkata bahawa mereka kini telah kehilangan ibu, dan mereka bertiga adalah anak yatim kerana tidak mempunyai ibu. Namun sekiranya selepas ini mereka kehilangan bapa pula mereka bertiga akan digelar anak yatim piatu.

Bagaimanapun kata- kata Raisuddin itu telah menjentik perasaan Talita apabila anak perempuan Shuib dan arwh Siti Sarah itu kelihatan sebak ketika Atuknya itu menyebut mengenai arwh ibunya.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen juga merasa sebak melihat reaksi kanak- kanak tersebut. Matin yang menangis apabila di soal bertalu- talu oleh Atuknya itu kemudiannya meminta maaf dan mengakui kesilapan dirinya kerana nakal menyebabkan ada segelintir netizen yang menitiskan air mata kerana tersentuh dengan sikap Matin.

Mereka bertiga kemudiannya meminta maaf kepada Atuk mereka itu seorang demi seorang dan menyedari kesilapan mereka. Bagaimanapun reaksi Uwais yang merupakan anak sulung kepada pasangan Shuib dan arwh Siti Sarah pula mencuit hati kerana dilihat saling tidak tumpah dengan perangai arwh ibunya semasa memuncungkan mulut meminta maaf kepada atuknya itu.

Video yang dikongsikan itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ada yang bersetuju dan ada pula yang sebaliknya terhadap cara didikan Raisuddin Hamzah kepada ketiga orang adik beradik tersebut.

Namun itu semua hanyalah teguran yang diberikan oleh seorang Atok kepada cucu- cucunya sahaja. Berikut dikongsikan komen- komen netizen.

“Pada pendapat saya..Shuib kena hire pembantu peribadi wanita (dua dalam satu yg berpengalaman bg mengurus anak² beliau…

serta yg boleh mengajar mengaji..) yg boleh menjaga,mendidik,mengasuh dan menguruskan harian dan mendidik anak²nya..ibu pandangan sy..bukan mudah itu menjaga,mendidik anak² pd zaman skrg nie..” – Netizen

“Allah aku yg teriak sunguh2.. Sedih nya.. Mateen tu anak pling mnja dgn arwh sarah.. Kalau ibu ada msty ibu dh pluk anak2 dia.. Semoga kalian mmbsar dgn baik yer.. Jd ank soleh n solehah..” – Netizen

“Cara atok maarah dan tegur mmg style org lama2. Camni la cara arwh ayah dulu bila kami adik beradik bergduh sesama sendiri. Lagi garaang dulu. Silap sket, piappppp Tapi alhamdulillah ok je kami semua sampai ke besar, takda simpan amarah atau dndam pada org tua.

Lagi dekat dan sayang kat mak ayah. Tau itu cara dorang mendidik utk memanusiakan kita sekarang. Terima kasih ayah, terima kasih mak. Al-fatihah untuk almarhum kedua orang tua kita dan almarhumah Siti Sarah yang telah berpulang ke negeri abadi. Semoga ditempatkan di kalangan para solihin. Amin Amin Amin Ya Rabb “ – Netizen

“Tak tau lh i jarang nk komen tapi bila tgok video ni rasa sedih giler. Knp tegas sangt. Budak2 ni baru kehilngn ibu. Tempat bermnja. Yes. Betul nk mendidik tpi bila dah bgi nasihat tu knp tak pelok budak2 ni. Sedih tgok. Pelok lh diorg bgi reda kesedihan diorg. “ – Netizen

“Aduhaiii…Sy ni jenis yg tak blh tgk budak2 nangis dan sedih.Apa lagi bila salah satu drp org tua dah takde.Cepat tersentuh hati..Sy sendiri tak pnh pkul anak.Cuma bg nasihat je.Semoga anak2 shuib terus kuat ye nak..Allah ada bersama kita.Dgr ckp ayah dan atok.Semoga jadi anak yg soleh dan soleha..Aamin..” – Netizen

Ramai yang menunggu perkembangan anak-anak Shuib dan arwh Siti Sarah. Perkongsian video di Instagram arwaah Siti Sarah yang kini di gunakan untuk berkongsikan suka duka, gelak tawa anak- anak arwh sedikit sebanyak mengubati kerinduan para peminat terhadap arwh Siti Sarah. Semoga anak- anak Shuib dan arwh membesar menjadi anak- anak yang soleh dan solehah nanti. Amin.

Sumber: Instagram siti sarahraisuddin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!