“Pregnant ke mummy” – Fizz Fairuz

Ramai artis senior atau yang kini bergelar veteran sudah memiliki cucu kesayangan mereka. Sedar tak sedar, artis-artis veteran kesayangan ramai di Malaysia ini telah mamah dilanjut usia. Seperti contoh, pelakon Didie Alias yang terkenal dengan lakonan mantapnya menerusi drama dan filem tempatan. Didie Alias antara pelakon yang boleh dikatakan cukup berpengalaman dalam industri hiburan tanah air.

Lakonan Didie sentiasa menceriakan peminat-peminat ditambah pula dengan gaya pemakaiannya yang mencuri tumpuan ramai.

Meskipun sudah bergelar seorang nenek, beliau tetap cantik dan bergaya sepanjang masa.

Baru-baru ini, posting video yang dikongsi Didie mengejutkan netizen dan juga rakan-rakan artis. Video tersebut menunjukkan kondisi bayi dalam kandungan.

Pada awalnya netizen menyangkakan Didie berbadan dua. Namun rupa-rupanya beliau bakal menerima cucu tidak lama lagi.

Jelas pada skrin komputer tersebut menunjukkan nama anak kepada Didi Alias iaitu Nurdinie yang telah membuat pemeriksaan kandungannya di salah sebuah hspital swasta.

Berita gembira buat Didie yg bakal menimang cucu tidak lama lagi telah dikongsi menerusi instagramnya dan rata-rata pengikutnya di Instagram memberi komen ucapan tahniah buat Didie yang mesra dengan panggilan Mummy.

“Ingatkan mummy pregnant, rupanya anak dia la, Tahniah mummy nak timang cucu dah”- Netizen

Perkongsian video oleh Didie di Instagram telah menerima tontonan sebanyak 143,000 tontonan. Sebahagian rakan artis juga turut mngalkan komen.

Melihat kepada perkembangan Didie di Instagram, beliau sentiasa berkongsi rutin harian memasak pelbagai jenis juadah buat anak-anaknya.

Memandangkan ramai selebriti masih tidak dapat jalani penggambaran, ramai di antara mereka termasuk Didie menghabiskan masa mereka di rumah sahaja.

Apa-apa pun, tahniah buat Mummy Didie. Tak lama lagi nak dapat cucu, dah busy dengan cucu baru nanti hehe..

Sumber: Instagram ladydidiemsia

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!