“Takpelah biar orang buat kita, jgn kita buat orang”- Aaron Aziz

Masihkah anda ingat lagi watak Malek menerusi filem Kl Ggstr? Pasti ramai yang sudah menonton filem popular lakonan Aaron Aziz ini meskipun sudah bertahun-tahun berlalu. Lakonan mantap Aaron Aziz jarang sekali mengecewakan penonton. Apa saja watak yang dibawa, pasti drama atau filem tersebut akan menjadi popular. Bukan biasa-biasa ya abang ‘Malek’ ni..

Baru-baru ini, Aaron Aziz berkongsi satu video menerusi Instagramnya. Video yang dikatakan hanya sekadar gurauan sahaja itu telah menjadi perhatian netizen.

Apa yang menjadi tumpuan apabila gelagat Aaron makan di atas tong sampah sambil duduk bersila di salah sebuah hotel. Namun gelagat Aaron itu hanyalah sekadar gurauan semata-mata dan bukanlah situasi sebenar.

Melihat pada perkembangan artis kelahiran Singapura itu, Aaron dilihat bergiat aktif dengan bisnes terbarunya iaitu menjual minyak wangi. Namun dalam bidang lakonan, Aaron baru-batu ini telah muncul dalam drama bersiri Gerak Khas Under Cover yang ditayangkan di saluran TV3.

Sementara itu, video yang dikongsi Aaron telah menerima sehingga 400,000 tontonan dan ratusan komen daripada rakan artis serta golongan netizen.

https://www.instagram.com/tv/CVpP1iyFYrx/?utm_medium=copy_link

Ramai terkejut selepas melihat gelagat Aaron yang selamba makan di atas bekas tong sampah. Namun ada juga yang cuba mengusij pelakon berbadan tegap itu menerusi ruangan komen.

“Atas tong sampah hehehe, adui kenapa buat aaron aziz macam tu sedihnya, yang penting Aaron tetap bersabar”- Netizen

Takpe Aaron Aziz, yang penting dapat makan supaya perut pun kenyang dan hati pun banyak senang hehe..

Sumber: Instagram Aaronaziz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!