“Bagus dia layan baik kembar dia” – Netizen

Benarkah setiap orang memiliki 7 orang wajah yang seiras dengan mereka di dalam dunia? Insiden berkenaan secara kebetulan berlaku kepada pelakon terkenal Aedy Ashraf apabila pernah tular sebelum ini di mana seorang lelaki yang memiliki wajah yang amat mirip dengan beliau menjadi perhatian di media sosial. Lelaki berkenaan yang menetap di Sabah turut mempunyai citarasa dalam berpakaian yang sama seperti juga Aedy.

Tidak di nafikan, kini media sosial mempunyai pengruh yang kuat dalam kalangan netizen. Video dan gambar lelaki tersebut telah di kongsi dan di ulang siar oleh warganet sehingga mendapat perhatian daripada tuan empunya badan sendiri.

Sementara itu, menyelak sisi peribadi pelakon Aedy Ashraf, wajah beliau kini sering menghiasi kaca televisyen dengan beberapa drama bersiri.

Sebelum ini drama Kisah Cinta kita begitu tular kerana gandingan mantap beliau bersama Amelia Henderson di dalam drama tersebut membuatkan para peminat mengharapkan hubungan pasangan tersebut menjadi realiti.

Di khabarkan kini hubungan berkenaan berkemungkinan besar benar- benar telah menjadi realiti apabila Aedy dengan berani telah membuat lamaran kepada Amelia Henderson untuk menjadi keksihnya di khalayak ramai di sebuah acara pesta makanan di Bukit Jalil tempoh hari.

Video lamaran Aedy atau nama sebenar Mohamad Addy Ashraf Rosmadi dan pelakon drah kacukan Amelia Henderson menjadi bualan ramai selepas video Aedy melamarnya sebagai keksih itu tular di media sosial.

Namun begitu, tindakan pelakon popular itu bagaimanapun dikecam netizen yang mendakwa pelakon itu cuba meniru budaya Barat apatah lagi lamaran berkenaan hanya untuk menjadikan Amelia sebagai keksih hati.

Ketika di temubual oleh wartawan, Aedy Ashraf enggan mengulas lanjut tindakan melamar Amelia Henderson sebagai keksih pada sebuah acara di hadapan ribuan peminat itu. Aedy meminta media hanya menumpukan soalan kepada kariernya sahaja.

Pada bulan Ramadhan kali ini, pelakon itu sibuk menjadi model bagi sebuah jenama baju melayu. Malahan iklan terbaru jenama baju melayu berkenaan turut menampilkan keksih hatinya Amelia Henderson sebagai penyeri.

Terkini menerusi Instagram jenama baju melayu berkenaan, satu video telah di kongsikan di mana memaparkan Aedy bersama lelaki yang pernah tular mempunyai wajah mirip dirinya itu telah mengadakan sesi siaran langsung malam tadi.

Pelakon berkenaan di lihat amat teruja apabila melihat lelaki yang di katakan sebagai kembar dirinya itu menerusi siaran langsung tersebut.

Video berkenaan pada awalnya di muatnaik menerusi aplikasi tiktok milik pelakon Aedy Ashraf namun di kongsikan semula di Instagram jenama baju melayu tersebut kerana Aedy telah memberikan kembar beliau itu sepasang baju melayu jenama berkenaan sebagai hadiah.

Kembar Aedy itu juga turut mempromosikan baju melayu jenama tersebut menerusi siaran langsung itu. Aedy yang sangat berterima kasih kepada kembarnya itu di lihat sangat merendah diri dan mesra melayani kembarnya itu sepanjang sesi siaran langsung berkenaan.

Video sesi siaran langsung itu juga kemudiannya telah di kongsikan semula menerusi Instagram astro gempak. Perkongsian di Instagram astro gempak membuatkan warganet dan rakan artis juga turut teruja melihat Aedy bertemu dengan kembarnya.

Rata-rata turut memuji Aedy kerana sangat mesra dan ramah ketika sesi siaran langsung berkenaan. Warganet juga memperkatakan wajah lelaki tersebut yang benar- benar mirip Aedy seolah- olah mereka berdua merupakan kembar yang terpisah.  Berikut di kongsikan komen netizen.

Sebelum ini, Aedy dan Amelia pernah digosip bercinta selepas muncul sebagai hero dan hero0in dalam drama Kisah Cinta Kita, tahun lalu. Bagaimanapun, kedua-duanya menafikan gosip itu.

Sebagai rekod, Amelia Henderson pernah mendirikan rumahtangga ketika berusia 19 tahun namun hubungan tersebut berakhir pada tahun 2018.

Setelah video lamaran Aedy itu, kedua-duanya dilihat aktif membuat ciapan seolah-olah memberi bayangan mereka kini sudah bergelar pasangan bercinta.

Sumber: ig astro gempak

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!