“Kening Ecah dah cantik dah, tak payah lukis”- Netizen

Wanita dilahirkan dengan sifat suka berhias dan bersolek. Jaangan terkejut, kanak-kanak perempuan pada zaman kini pun dah pandai bersolek tau. Walaupun usia masih setahun jagung, mereka mudah terdedah dengan tutorial bersolek yang mudah diakses melalui video di lama Youtube atau mana mana platform media sosial. Memang advance budak-budak sekarang ye hehe.

Seperti contoh, anak perempuan kepada selebriti Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana sudah pandai bersolek meskipun usianya baru menjangkau enam tahun.

Tengoklah ibunya juga seorang pelakon cantik yang sentiasa bersolek. Aaisyah pun terikut sama seperti ibunya. Bak kata pepatah, mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi kan..

Laman Instagram Aaisyah atau dikenali dengan panggilan Ecah ini sentiasa aktif berkongsi gambar dan video. Instagram Ecah yang dikendalikan oleh ibu dan bapanya selalu menjadi tumpuan ramai netizen.

Malah baru-baru ini, video Ecah sedang melukis kening ternyata menerima banyak perhatian. Bijak sungguh Ecah lukis kening sendiri ya..

Bagaimanapun, ramai netizen menegur anak kecil ini supaya tidak terlalu mengikut trend bersolek memandangkan usianya yang masih muda.

Ramai netizen berpendapat, usia Ecah lebih sesuai untuk belajar pelbagai aktiviti berfaedah di usia kecilnya.

Melihat pada perkembangan Ecah, anak comel ini sememangnya telah mempelajari banyak aktiviti melibatkan fizikal dan mntal yang Che Ta sudah sediakan. Sudah pasti seorang ibu inginkan yang terbaik buat anaknya kan..

Video Ecah yang telah dimuatnaik di Instagram telah ditonton sehingga 127,000 tontonan dan pelbagai reaksi netizen di ruangan komen.

Sumber: Instagram aaisyahdhiarana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!