“Mata Shuib macam baru lepas nangis je” – Netizen

“Mata Shuib mcm bru lpas naangis je,” ujar salah seorang followers Shuib setelah melihat foto yang dikongsikan Shuib menerusi akaun Instagramnya. Dalam foto tersebut, Shuib bersama-sama dengan tiga orang lagi anaknya sedang duduk di atas bangku untuk menjamah makan malam yang terhidang di atas meja. Memang terharu hati semasa melihat hubungan mesra diantara Shuib dan anak-anaknya.

Shuib yang baru sahaja ditinggalkan oleh isteri tercinta pada beberapa bulan kini hanya tinggal berlima dengan anak-anak hasil perkahwinan dengan mendiang Siti Sarah. Memang perkara sedih yang tidak diduga untuk terjadi ini sekelip mata sahaja melanda pelakon serta pelawak ini.

Namun, Shuib tetap tabah dalam membesarkan anak-anak walaupun kini sudah bergelar sebagai ayah tunggal. Foto Shuib yang mempamerkan hubungan akrab dengan anak-anak ini telah berjaya menjadi perhatian bagi pihak media dan orang awam.

Foto Shuib ini sebenarnya merupakan satu memori yang sangat indah buat anak-anak pada suatu hari nanti. Apa tidaknya, dalam foto tersebut jelas terpancar kasih sayang Shuib terhadap satu persatu anaknya. Air muka setiap anak-anaknya juga jelas menunjukkan kebahagiaan serta kegembiraan apabila bersama-sama dengan ayah mereka.

Walaupun pada hakikatnya anak Shuib sudah boleh makan tanpa disuap, namun tindakan Shuib menyuap anaknya ketika makan itu sedikit sebanyak berjaya membuatkan para followers Shuib berasa terharu. Kasih sayang seorang ayah kepada anak-anaknya sememangnya tidak dapat dinilai hanya dengan kata-kata.

Riak wajah Matin dengan Uwais dalam foto tersebut walaubagaimanapun berjaya mencuit hati penonton. Masakan tidak, riak wajah dua beradik ini kelihatannya sangat lucu. Berbeza jika dibandingkan dengan riak wajah anak perempuan Shuib yang cukup sopan dan manis.

Perkongsian Shuib yang dimuatnaik pada 16 jam yang lalu ini berjaya meraih sebanyak 163,134 sukaan beserta 501 komen. Ramai yang memuji keakraban hubungan antara anak-beranak ini malah menyatakan bahawa mereka suka untuk melihat keluarga Shuib.

Namun, ada juga netizen yang cukup terhibur dengan riak wajah Matin dan Uwais yang lucu. Ada netizen yang mengatakan bahawa mata Shuib macam baru sahaja lepas menaangis.

Mungkin disebabkan oleh mata Shuib yang kelihatan sedikit bengkak daripada yang asal, maka netizen menyimpulkan bahawa Shuib baru sahaja menaangis.

Sementara itu, sesetengah netizen juga menegur rambut anak-anak Shuib yang panjang. “Tak rimas ke tengok rambut anak tu panjang,” ujar netizen tersebut. Mungkin netizen tersebut benar-benar prihatin dengan penampilan anak-anak Shuib ataupun hanya sekadar memberi pandangan ikhlas.

Apa-apapun, kita terus doakan agar keluarga Shuib sentiasa diberkati oleh-Nya dan agar anak-anak Shuib membesar menjadi anak yang soleh dan solehah.

Sumber: Instagram Shuib

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!