“Muka Ryzal ala Korea” – Netizen

Youtubers terkenal Maryam baru-baru ini telah berjaya melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat. Bayi pasangan Youtubers Maryam dan Ryzal kemudian diberi nama Rina. Sebelum ini Maryam sudah pernah mengongsikan foto Rina tetapi masih belum pernah membuat ‘live’ bersama-sama dengan bayi perempuannya ini yang baru berumur beberapa hari. Namun kali ini, Maryam membuat ‘live’ pertama bersama-sama dengan puteri kecilnya ini.

Walaupun masih berusia belum sampai sebulan, namun mata Rina kelihatan sama seperti mata Maryam yang sepet. Bayi berdrah kacukan Melayu-Korea ini nampaknya menjadi perhatian bukan sahaja sidang media, tetapi juga mendapat perhatian daripada netizen.

Sudah pasti anak pasangan terkenal Youtubers ini menjadi sensasi sebaik sahaja dilahirkan di dunia. Apa tidaknya, pasti semua orang berpusu-pusu mahu melihat bayi kacukan drah Melayu-Korea ini. Bukan selalu kacukan tersebut dapat ditemui di Malaysia. Ada pun mungkin tidak banyak dalam kalangan selebriti.

Namun setelah Maryam bertindak untuk membuat ‘live’ pertama bersama dengan Rina, ramai netizen serta warganet yang sedikit teruja dengan wajah campuran Rina. Ujar mereka, Rina kelihatan seperti Ryzal tapi dalam versi Korea.

Menerusi video perkongsian Maryam yang berdurasi lebih kurang 45 minit itu, Maryam kelihatan sedang duduk di atas sofa sambil mendukung Rina. Elok sahaja Rina semasa didukung oleh ibunya ini. Rina hanya menatap wajah ibunya tanpa merengek ataupun menangis pada permulaan live.

Terdapat sedikit luuka kecil di hidung Rina yang mungkin disebabkan oleh jari Rina yang sentiasa menguis wajahnya. Tangan bayi kan. Biasalah tu. Mungkin Maryam bolehlah menyarungkan tangan Rina menggunakan sarung tangan bayi selepas ini bagi mengelakkan wajah Rina dicakar oleh kuku sendiri.

Perkongsian Maryam kali ini telah mendapat sebanyak 152,612 tontonan dan 541 komen dari para followersnya dan juga pengguna Instagram walaupun ianya baru dimuatnaik pada 22 jam yang lalu.

Rata-rata netizen masing-masing meluahkan rasa kecomelan mereka terhadap bayi kacukan Melayu-Korea ini. Namun ada juga yang menegur cara bidan menjaga Maryam semasa dalam tempoh berpantang.

“Tak ikat rambut ke Maryam? Ikat rambut ketat-ketat, jadi muka tak jatuh. Kepala tak pening, petua orang tua-tua. Pilis pun tak pakai, macam mane bidan tu jaga,” ujar salah seorang  followers Maryam seraya memberi nasihat serta petua bagi ibu yang tengah berpantang.

Harap-harap lepas ni Maryam dapat mengongsikan perbezaan berpantang antara orang Melayu dengan orang Korea pula. Semoga keluarga kecil ini sentiasa dilindungi oleh-Nya agar beroleh kesihatan yang baik lagi-lagi dalam zaman pndemik ini. Jaga diri dan selamat berpantang buat Maryam.

Sumber: Instagram Maryam

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!