“Harap dapat kekalkan penampilan bertudung tu ye sis, cantik”- Netizen

Ibadah umrah sememangnya saat-saat yang dinantikan buat orang islam yang berkemampuan. Selepas tanah suci Mekah telah mula dibuka kepada pelancong luar untuk ibadah umrah, ramai selebriti Malaysia antaranya Eira Syazira dan suami Azad Jasmin turut sama menunaikan umrah dan mahu fokus beribadah di Mekah serta di Madinah.

Posting Eira yang kini berada di Arab Saudi telah menjadi perhatian ramai netizen. Dengan penampilan Eira yang menutup aurat, sudah pasti sejuk mata memandangnya.

Imej Eira bertudung litup membuatkan dirinya kelihatan lebih manis bertudung, memang tak dinafikan memang lawa ibu kepada tiga cahaya mata ini.

Baru-baru ini, Eira berkongsi video yang menunjukkan penampilannya yang kini bertudung dan lengkap berpurdah di kota Mekah.

Video tersebut mencuri tumpuan netizen selepas melihat Eira tampil berpurdah dan tetap nampak cantik bergaya dengan penampilan bertudung.

Tak dinafikan, Eira memang cantik bertudung. Semoga Eira bakal bertudung lepas ni, ramai peminat Eira dah nantikan..

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen ramai netizen mengirim doa buat Eira dan tak lupa juga yang memuji kecantikan Eira.

“MasyaAllah cantiknya Eira bertudung, semoga dipermudahkan segala urusan dan mendaoat umrah yang mabrur”- Netizen

Sumber: Instagram Eirasyazira

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!