“Tak rasa kelakar pulak, walau niat bgurau tp bab kepala, kesian Maryam tgh mengandung” – Netizen

Nama personaliti media sosial iaitu Maryam dan Rizal yang popular menerusi saluran youtube Duriankimchi beberapa bulan lalu menjadi agak panas dengan kntr0versi yang melibatkan satu kaaum di Sarawak. Isu berkenaan timbul apabila sebuah stesen TV telah menjemput Rizal dan isterinya yang merupakan seorang warganegara Korea Selatan untuk memeriahkan satu episod program hiburan. Di dalam program berkenaan Maryam telah menyarung busana tradisional masyarakat Iban.

Rizal yang suka mengusik isterinya secara tidak sengaja telah mengatakan bahawa pakaian tradisi masyarakat Iban yang dipakai oleh isterinya itu seolah- olah kelihatan seperti kain burok dan alas TV.

Seperti kata pepatah terlajak perahu boleh di undur terlajak kata buruk padahnya, kata- kata yang di keluarkan oleh Rizal di Instagram story semasa program hiburan berkenaan di adakan telah menyinggung perasaan masyarakat Iban di Malaysia.

Ekoran itu, pelbagai kecaam4n telah pun di terima oleh pasangan ini daripada netizen. Maryam yang ketika ini sedang sarat hamil juga menerima tempias apabila netizen mendoakan perkara yang tidak baik kepada anak di dalam kandungan Maryam sehingga menyebabkan Maryam bersedih.

Pihak NGO Pertubuhan Kaaum Dayak telah membuat laporan p0lis berhubung kenyataan Rizal. Sedar akan kesilapan, pasangan personaliti media sosial ini juga telahpun membuat permohonan maaf terhadap isu tempoh hari serta mengakui keterlanjuran kata- katanya.

Rizal juga menzahirkan rasa menyesal atas apa yang telah berlaku. Buat para peminat yang masih lagi menyokong, pasangan ini turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada masyarakat Iban yang memahami dan memaafkan mereka.

Setelah beberapa bulan perkara tersebut berlalu, kini pasangan ini mengambil langkah untuk  mendiamkan diri bagi meredakan isu yang sedang panas itu buat sementara waktu. Bagaimanapun bagi mengubati kerinduan para peminat mereka juga ada berkongsi beberapa rakaman video pendek di Instagram.

Terkini Maryam telah berkongsi sebuah video yang memaparkan suaminya Rizal bergurau dengan beliau apabila melemparkan botol minuman terhadapnya kerana mahu mencuba aksi mendirikan botol air minuman saiz kecil di atas kepala sepertimana aksi yang tular di media sosial.

Walaubagaimanapun botol berkenaan hanya terkena kepala Maryam dan tidak menjadi sepertimana yang di ingini. Maryam yang tidak berpuas hati kemudiannya mahu mengejar Rizal walaupun sedang sarat mengandung.

Menjengah ke ruangan komen bagaimanapun video berkenaan telah mengundang pelbagai reaksi netizen yang tidak bersetuju dengan perbuatan Rizal terhadap isteri yang sedang mengandung itu.

Rata- ratanya merasa kesal dengan perilaku berkenaan kerana di rasakan tidak sesuai melayani seorang wanita mengandung sebegitu.

Namun ada juga yang berpendapat sebaliknya kerana sudah mengenali dan mengikuti cara pasangan tersebut yang saling bergurau kasar antara satu sama lain. Berikut dikongsikan komen – komen netizen terhadap video mereka itu.

Lain orang lain caranya mereka melayani pasangan masing – masing. Buat Rizal dan Maryam mungkin ada sesetengah netizen yang merasakan pasangan ini bergurau dengan cara yang agak kaasar namun buat mereka sendiri, itulah yang menjadi pengerat kasih sayang mereka dalam berumahtangga. Terpulang kepada diri masing- masing.

Sumber : Instagram Maryamyunrrr

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!