“Malik menari mcm nk buang saka dah gayanya” – Netizen

Sebut sahaja nama pelakon Dato Aaron Aziz pastinya akan terbayangkan karakter gngstr Malek yang bertubuh sado dan cukup sinonim dengan dirinya menerusi filem KL Gngstr. Karakter Malek sebagai seorang yang kuat dan lasak menerusi filem itu di lakonkan oleh Dato Aaron Aziz dengan amat baik dan sehingga kini watak Malek masih lagi melekat di bibir para peminat.

Dato Aaron Aziz telah mendirikan rumahtangga bersama Datin Diyana Halik sekitar tahun 2003 dan hasil perkongsian hidup mereka berdua dikurniakan 3 orang cahaya mata. Buat yang tidak mengenali pelakon yang berasal dari Singapura itu pastinya tidak menyangka bahawa beliau merupakan seorang yang agak kelakar orangnya.

Dato Aaron juga sering bergurau bersama para pengikut akaun Instagram menerusi beberapa tanda pagar yang lucu di entri Instagram beliau.

Orang kata, suami mana yang tidak sayangkan isteri begitulah di ibaratkan seperti pasangan Dato Aaron Aziz dan Datin Diyana Halik apabila Dato Aaron dilihat sering membantu isterinya dalam mempromosikan perniagaan tudung isterinya itu.

Berkongsi sebuah video terbaru menerusi instagram, Dato Aaron Aziz telah menunjukkan beliau dan isterinya sedang mempromosikan tudung terbaru yang dikeluarkan oleh isterinya. Kelihatan di dalam video tersebut Dato Aaron Aziz perlu menari kerana menggunakan latar lagu Bollywood. Walaupun kelihatan redha namun demi memenuhi permintaan isterinya, beliau turutkan sahaja.

Lebih mencuri tumpuan dan melucukan adalah apabila tarian Dato Aaron kelihatan agak kras di dalam video berkenaan dan menjadi usikan para netizen.

Menerusi caption Dato Aaron menulis bahawa walaupun isterinya yang menjual tudung namun beliau pula yang kena joget. Meskipun tarian tersebut kelihatan keras namun aksi Dato Aaron menari bersama isterinya itu membuatkan ramai teruja dan terhibur.

Menjengah keruangan komen, rakan artis dan netizen juga mngalkan komen terhadap video promosi tersebut. Rata- ratanya berkata mereka mahukan Dato Aaron Aziz berkongsi lebih banyak video seperti itu lagi kerana pasangan tersebut kelihatan sangat serasi apabila merakamkan video bersama.

Sehingga kini perkongsian video tersebut telah menerima sebanyak 538,989 tontonan dan 3246 komen daripada netizen. Caption lucu yang ditulis oleh Dato Aaron Aziz di video  itu menyebabkan para pengikut akaun Instagram beliau merasa terhibur apatah lagi beliau sebelum ini terkenal dengan tanda pagar yang agak panjang menerusi entri di instragram.

“Nak komen 1 je, yg berlari bawak tudung maroon tu sy rasa dia blh pegi jauh dlm bidang lakonan ni. Nampak blh la pegi lbh jauh dari pelakon ape ek nama dia, em aaron aziz tak silap..” – Netizen

Video ringkas berkenaan sudah cukup melambangkan Dato Aaron Aziz sebagai sorang suami yang cukup penyayang kerana sanggup mengenepikan imej beliau sebagai seorang yang pernah membawa watak seorang gngstr di geruni kepada pelakon ala- ala Bollywood demi menyokong usaha isterinya. Sweet sangat Dato Aaron Aziz dan Datin Diyana Halik ni.

Sumber : Instagram aarondwiaziz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!