“Papa naangis” – Elisya Sandha

Tiada apa dirasakan lebih istimewa selain dapat hadiah daripada yang tersayang sempena pemberian di hari jadi. Nak-nak pula dapat sesuatu yang istimewa dengan nilai yang agak berharga, boleh sampai menaangis dibuatnya. Itu gamaknya yang dirasakan pengarah dan penerbit, Jinggo apabila menerima hadiah daripada isteri tersayangnya, Sheila Rusly sempena ulangtahun umurnya.

Momen air mata lelaki dengan nama sebenar beliau Azman Yahya itu sampai mengalir dicoret menantunya yang juga pelakon Elisya Sandha di ruangan komen hantaran Sheila apabila menerima hadiah tersebut.

Memang tergambar keceriaan daripada riak wajahnya. Yalah.. siapa yang tak happy? Dapat hadiah kereta tuuuu sempena hari jadinya yg ke-56 tahun. Beruntunglah Jinggo dapat isteri yang pemurah dan penyayang seperti Sheila.

Kereta berjenama mewah berwarna putih dihiaskan dengan riben gergasi merah diterima beliau itu siap dihantar dengan lori dipercayai hingga hadapan pekarangan kediamannya. Sempat Jinggo berterima kasih kepada Sheila.

Pun demikian, tak kelihatan pula ‘babak’ air mata seperti yang dikomen oleh Elisya. Sama ada beliau hendak mengusik bapa mertuanya itu atau benar Jinggo sampai men4ngis di sebalik suntingan video hantaran yang dikongsikan, tidak dapat pula dipastikan.

Dalam pada itu tak kurang ramai rakan artis, peminat dan netizen yang mengucapkan selamat hari jadi buat Jinggo serta mendoakan sempena hari jadinya. Antaranya, Sharifah Shahora, Ayda Jebat, Afifah Nasir, Liza Abdullah, Fizz Fairuz, Zarina Zainuddin dan ramai.

Tak kurang ramai yang kagum dengan hadiah yang diterima Jinggo itu. Selain itu, ramai juga yang menyatakan suka melihat ikatan kasih sayang Jinggo dan Sheila serta anak dan menantunya.

Dalam hantaran Sheila yang terbaharu di IG juga, beliau ada berkongsikan dirinya dan Jinggo menaiki kereta pemberiannya itu ke sebuah pusat peranginan bagi sambutan hari kelahirannya. Dalam busana sedondon serba putih sesama mereka, turut kelihatan anak-anak dan menantu mereka.

Jinggo dan Sheila Rusly berkahwin pada 1995 dan dikurniakan dua anak lelaki–Uzair Haqimy dan Luth Mikhail. Elisya, 22 bernikah dengan Uzair, 26, pada 21 Ogos lalu. Moga kebahagiaan milik mereka dan kita semua yang bersikap pemurah dan penyayang.

Tidak dapat tidak, sebagai anak seni memang banyak dugaan dan cabaran dihadapi oleh mereka. Terbaharu ftnah melanda apabila ada yang menulis mengenai punca hubungan Sheila dengan pelakon, Janna Nick retak kerana aktres itu menolak untuk dikahwinkan dengan anaknya, Uzair. Namun itu dinafikan Sheila. Moga yang baik-baik saja.

Sumber : Ig Sheila Rusly

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!