“Tak perlu buat kenangan sgt, brg yg lepas jgn dikenang” – Netizen

Noorulhuda binti Abdul Wahab ataupun kini lebih dikenali sebagai Nourul Depp merupakan seorang penyanyi. Beliau pernah mendirikan rumahtangga dengan komposer terkenal Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas pada tahun 1996. Nurul dan Ajai pernah bergelar pasangan duet yang popular dan pernah memenangi Anugerah Juara Lagu menerusi lagu Keliru pada AJL ke 17.

Mereka berdua juga telah menghasilkan beberapa album dan album terakhir berjudul Serasi Bersama pada tahun 2006. Mereka berdua dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Ayu Nazirah pada tahun 1998. Rumahtangga pasangan ini tidak bertahan lama apabila akhirnya membuat keputusan berpisah pada tahun 2007 setelah 10 tahun hidup bersama.

Ajai kemudiannya telah mendirikan rumahtangga bersama Norliza Illias pada 2009 manakala Nourul pula bernikah buat kali kedua bersama Eric Daniel Depp pada 2012.

Norul sering berkomunikasi dengan para peminatnya menerusi media sosial. Nourul khabarnya akan berhijrah ke luar Malaysia tidak lama lagi bersama suaminya untuk memulakan hidup baru di sana.

Terkini menerusi instagram, Nurul telah memuatnaik sekeping gambar cincin daripada perkahwinan pertamanya bersama bekas suami Ajai. Menurut Nurul, cincin berkenaan sudah lama disimpan di dalam almari dan dijumpai semula semasa mengemas barang untuk berhijrah.

Nurul berkata beliau tidak lagi memakai cincin berkenaan sejak tahun 2007 dan mahu menjual cincin tersebut. Hasil kutipan daripada jualan cincin tersebut beliau berhasrat untuk disalurkan kepada mereka yang memerluukan.

Menurut Nurul di salah satu komen beliau apabila ditanya mengapa tidak diberikan sahaja cincin tersebut kepada anaknya Ayu Nazirah memandangkan cincin berkenaan adalah pemberian daripada bapanya, Nurul menjawab bahawa anaknya itu tidak menggemari emas.

Bagaimanapun tindakan Nurul itu telah menerima reaksi yang berbeza daripada para netizen. Ada segelintir netizen yang menasihati Nurul supaya memberikan sahaja cincin berkenaan kepada satu-satunya anak hasil pernikahannya bersama Ajai iaitu Ayu Nazirah yang kini sudah dewasa untuk disimpan sebagai kenangan.

Namun begitu ada juga netizen yang menyokong Nurul untuk menjual cincin tersebut demi usaha murni Nurul yang ingin membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Tambahan pula cincin berkenaan adalah kenangan lama beliau dan Nurul juga sudah memulakan kehidupan baru bersama suaminya. Berikut dikongsikan beberapa pendapat netizen.

“Guys please respect her decision. If kak Nurul has the intention to give it to Ayu. Awal awal lagi dia akan bagi Ayu. Please read what she has wrote here.” – Netizen

“Elok tu tuk derma..rasanya ayu bole dapat lgi elok kot..ni cincin tuk maknya bkn anaknya.So terpulang la mak dia nk buat apa pun..rasanya mak dia pun da bincang ngn ayu.” – Netizen

“Sya masih simpan cincin tunang dan cincin kawin dr perkahwinan pertama…bkn sbb ingat ex tu pun…tp seme tu kan memory…walau berpisah dan langsung x berhubung tp kita dikurniakan 6 org ank yg baik2 dan sihat dr perkahwinan tersebut…so xde hal lah simpan seme tu elok2 kan” – Netizen

Buat sesetengah individu mungkin cincin hasil pernikahan yang pernah gagal akan menjadi sebahagian kenangan dalam kehidupan dan tidak salah untuk dikenang. Bagaimanapun tidak semua yang beranggapan sedemikian dan apa-apa pun berbalik kepada keputusan individu itu sendiri.

Nurul juga berniat baik untuk mendermakan hasil jualan cincin berkenaan bagi tujuan amal. Mudah-mudahan urusan Nurul untuk menjual cincin tersebut dipermudah dan mendapat pembeli yang sesuai.

Sumber : ig nouruldepp

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!