“Haha Alisa ni selalu nak cepat habis kalau suruh baca” – Netizen

Bagi setiap insan yang bergelar ibu bapa pastinya mengakui bahawa anak-anak adalah penyeri dan anugerah terbesar dalam kehidupan mereka. Melihat tumbesaran dan telatah lucu dari anak-anak pasti dapat melahirkan rasa bahagia dan teruja ingin melihat mereka membesar dengan sihat dan bijak. Ini kerana apabila sudah dewasa kelak, masa-masa bersama ketika mereka masih kecil adalah perkara yang paling dirindukan oleh setiap ibu bapa.

Sama seperti ibu bapa di luar sana, pasangan selebriti terkenal negara iaitu Hairul Azreen dan Hanis Zalikha ini juga sangat bahagia melayari kehidupan berumahtangga lebih-lebih lagi setelah dikurniakan dua orang cahaya mata.

Mengikat hubungan dengan ikatan perkahwinan pada tahun 2015, mereka berdua kini mempunyai dua orang anak yang bernama Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

Kedua-dua anak pasangan ini sering kali mendapat pehatian warganet dengan gelagat lucu dan kelakuan mereka yang sangat bijak walaupun masih kecil. Hairul telah memuatnaik satu video baru menunjukkan Alisa Aisyah yang bijak membacakan doa makan.

Yusuf juga dilihat sabar menanti adiknya itu untuk menghabiskan bacaan doanya sebelum dia mula makan. Teruja dengan kebijakan adiknya,  terdengar Yusuf  telah memuji Alisa selepas dia berjaya membaca doa makan dengan sendirinya.

Seperti kebiasaanya, gelagat dari dua beradik ini memang sering mendapat perhatian dan dipuji oleh orang ramai. Netizen rata-rata memuji kebijaksanaan Alisa membacakan doa dan sikap dari Yusuf sendiri dengan memuji adiknya yang kedengaran sangat matang dari umur.

Bukan sahaja Alisa dan Yusuf yang mendapat pujian dari netizen, Hanis dan Hairul juga turut dipuji oleh netizen  kerana berjaya mendidik kedua-dua anak mereka sebagai anak yang soleh dan solehah. Malah ada yang mengatakan bahawa suara Alisa juga sangat mirip dengan ibunya.

Memang ramai yang suka dan terhibur lihat gelagat dua beradik yang comel ni. Walaupun kedua-dua mereka masih kecil, tetapi Yusuf dan Alisa sangat menyayangi dan menjaga antara satu sama lain.

Masing-masing membesar dengan sangat bijak hasil daripada didikan ibu bapa mereka sendiri iaitu Hairul Azreen dan Hanis Zalikha.

Sumber: Instagram Hairul Azreen

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!