“Seronok tengok ibu fizo skrg gembira dgn anak2” – Netizen

Tiada yang lebih membungakan hati sanubari seseorang yang bergelar ibu selain daripada anak-anak yang membahagiakannya. Usah kata si ibu, kita yang menyaksikan kegembiraan di wajah mereka itu pun turut terasa biasan kebahagiannya. Itu yang dipersetujui ramai pengikut medsos pelakon dan usahawan terkenal, Fizo Omar yang kerap menayangkan keceriaan ibunya akhir-akhir ini.

Baharu sahaja melangsungkan perkahwinan lebih dua minggu lalu dengan Fazeera Nazri, dikhabarkan seorang bekas pramugari penerbangan syarikat antarabangsa, banyak juga momen dikongsikan beliau bersama ibunya, Hasnah Jidin, 61.

Terbaharu, Fizo atau mesra membahasakan diri sebagai Abe Joe ini, memuatnaik video aksi beliau bersama ibunya itu dipercayai di sebuah lokasi perairan.

Apa yang menarik perhatian, kegembiraan yang jelas terpancar di wajar ibunya itu mengundang inpirasi ramai pengikut beliau untuk turut sama membahagiakan seorang ibu yang sudah sewajarnya dilakukan oleh seorang anak yang telah dibesarkan dengan susah payah sejak dari kecil.

Tak kurang juga yang menyifatkan Hasnah seorang yang bertuah kerana dikurniakan anak-anak yang sentiasa membahagiakannya. Ramai juga yang suka melihat Fizo melayan ibu dan dikatakan seorang yang gemar ‘menyakat’ wanita itu. Padanlah ceria.

Sudah namanya netizen, dalam pada itu ada pula yang mengaitkan kebahagiaan yang ketara di wajah ibunya itu kerana menerima menantu baharu. Boleh jadi juga ya? Ibu mana yang tak gembira anaknya sudah ada yang ‘menjaga’.

Menariknya, ada juga yang melihat Hasnah seorang ibu yang berjaya melahirkan dan membesarkan anak-anak menjadi seorang yang soleh dan solehah hinggakan terdapat yang mengakui sekiranya berjumpa ibu Fizo teringin sangat nak tahu tip mendidik anak-anak supaya sampai bila-bila pun tetap kasih dan sayang pada ibu bapa. Yup… penulis pun nak tahu juga.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan, Hasnah menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa beliau dan keluarga menjadi punca percerraian Fizo dengan usahawan, Mawar Karim pada 10 Julai 2019.

Bahkan, sebagai ibu beliau sentiasa menasihati Fizo dan bekas menantunya supaya tidak bercerrai demi masa depan anak mereka, Wan Maryam, 4. Pun demikian, walaupun kita merancang, tuhan jualah yang menentukan.

Apa pun didoakan agar keluarga ini terus berbahagia. Tidak kisahlah anak dan menantu, masing-masing ada peranannya dalam membina rasa bahagia itu. Begitu jua buat Mawar, insyaAllah kebahagiaan senantiasa menunggu.

Sumber : Ig Fizo Omar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!