“Dia dah post dah. Naya aku” – Zul Ariffin

Menjadi seorang selebriti hiburan negara diakui bukanlah perkara yang amat mudah. Selain sering menjadi tumpuan orang ramai, kehidupan mereka pastinya bukanlah kehidupan normal seperti orang lain yang bebas melakukan apa saja. Selebriti popular di negara kita akan selalu diperhatikan gerak geri mereka. Jika ada sebarang kesiilapan mudahnya akan tersebar di media sosial. Inilah riisiko yang harus dihadapi bagi setiap mereka yang bergelar artis di negara ini.

Pasangan pelakon Zul Ariffin dan Ruhainies ini telah mendapat perhatian warganet setelah satu video mesra mereka telah dimuatnaik oleh Ruhainies di Instagram miliknya.

Video tersebut dimuatnaik bagi mempromosikan drama bersiri mereka yang bertajuk Wifi Sebelah Rumah yang telah menggandingkan hero dan her0in hebat iaitu Zul Ariffin dan Ruhainies sebagai watak utama.

Ruhainies telah mengatakan bahawa Zul Ariffin adalah salah satu pelakon hero yang terbaik pernah digandingkan bersamanya.

Bukan sahaja itu, Ruhainies juga mengakui bahawa dia sangat selesa bekerja bersama Zul Ariffin dan juga mengatakan bahawa Zul Ariffin sebenarnya adalah seorang yang lucu walaupun dia pemalu orangnya.

Tidak menyangka video tersebut akan dimuatnaik oleh Ruhainies di Instagram, Zul Ariffin sendiri telah mngalkan komen pada video tersebut.

Tetapi komen tersebut telah ditepis oleh Ruhainies dengan mengatakan bahawa Zul Ariffin patut berterima kasih kepadanya kerana video yang dimuatnaik itu hanya dari yang sudah ditapis kandungannya.

Para peminat dan netizen ramai yang memberikan komen positif dan suka melihat hubungan mereka berdua yang mesra malah ada yang memberikan komen agar mereka berdua untuk bercinta.

Orang ramai yang sudah menonton video Zul Ariffin dan Ruhainies ini pun pasti tersengih-sengih melihat kemesraan mereka.

Memang sangat secocok kalau mereka berdua bercinta kerana masing-masing juga sama cantik dan sama padan.

Para peminat dan warganet yang lain pasti mendoakan yang terbaik buat Zul Ariffin dan Ruhainies di masa hadapan. Tidak kira dari segi hubungan mereka berdua mahupun dalam karier masing-masing.

Sumber: Instagram Ruhainies

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!