“Omg Alhamdulillah baby bump” – Netizen

Sejak sebulan lalu dilihat acap sekali memegang bahagian perut tatkala lensa menancap fotonya, kali ini netizen yang menebak dirinya sudah berbadan dua barangkali tak salah tekaan lagi. Sudah terang lagi bersuluh, lihat saj4lah perkongsian foto aktres cantik manis, Uqasha Senrose ini. Tapak tangannya yang melekap pada bahagian abdomennya menampakkan lagi betapa jelasnya baby bump empunya diri. Rasanya sudah bergambar memegang perut sedemikian, Uqasha sendiri tak perlu lagi memberitahu dan membuat pengakuan bahawa dirinya kini sedang hamil.

Jika dibaca coretan netizen di ruangan komen hantarannya itu, ramai sekali yang mengucapkan tahniah. Tak kurang pula yang berkongsi kegembiraan di posting yang baharu dimuatnaik itu apabila melihat selebriti kesayangan ramai ini kini jelas sudah seperti jangkaan.

“Omg.. kita lak yang excited tgk dia preggy”, “Pregnant betul ke… Congrats alhamdulillah”, “Eh anak Kamal dah nak klr”, “Wah love.. dah preggy ke?”, “Baby bump”, “Ini bukan main-main, ni pregnant betul ni”. Itu antara komen keterujaan netizen.

Begitupun, tak kurang juga yang mengucapkan tahniah pada isteri kepada pelakon, Kamal Adli itu kerana hamil dalam lakonan Setelah Terlafaznya Akad. Ada yang kata baby bump Uqasha itu nampak betul-betul macam real.

Apa pun sabar ya netizen… Menjawab kekeliruan bermain di benak netizen sama ada pelakon kesayangan ramai itu benar-benar hamil, kelab peminat Uqasha dan Kamal, kamalxuqashafanclub menjawab bahawa Uqasha ‘pregnant’ dalam drama sahaja.

Walau bagaimanapun, kelab peminat ini berharap agar netizen mendoakan agar berita ‘hamil’ itu betul-betul menjadi kenyataan. Oh… Begitu rupanya. Difahamkan foto ‘Uqasha mengandung’ itu diambil ketika pengambaran drama berkenaan.

Adoi.. mesti ramai yang kecewa pulak ya apabila tahu ‘berita kehamilan’ itu hanya sekadar lakonan. Tapi kata orang kalau dah ebih 44 kali orang sebut tu ia dah jadi doa. Moga itu akan tetap jadi kenyataan. Kita doakan yang baik-baik saja sudahlah….

Dalam pada itu, ramai juga yang memuji Uqasha tampak manis sekali berhijab terutama di bulan Ramadan yang mulia ini. Ada yang berharap agar pelakon yang dilahirkan pada 6 Julai 1992 itu kekal istiqomah dalam keadaan bertudung litup dan ayu.

Terdahulu, mengimbas tali ikatan sah mereka, majlis akad nikah Kamal dan Uqasha diadakan secara tertutup di sebuah lokasi persendirian di Janda Baik, Pahang pada 5 November lalu. Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak pengantin lelaki.

Berita pernikahan mereka hanya diketahui selepas sebulan berteka-teki mengenai status perkahwinan, yang akhirnya mengumumkan sudah sah bergelar suami isteri. Apapun ramai sukakan pasangan ini kerana dikatakan sentiasa tampak manis dan serasi bersama.

Sumber: IG Uqasha Senrose

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!