“Aku sorang je ke yang belum tahu sis mimi ada twin” – Netizen

Menjadi seorang artis selalunya kehidupan mereka akan selalu diambil tahu oleh netizen dalam sosial media. Ia telah menjadi lumrah seorang artis menerima cara hidup dikelilingi peminat dalam laman sosial. Ada artis yang suka dengan cara hidup sebegitu. Ada juga yang suka sembunyikan kehidupan mereka dari tontonan umum. Namun, apa-apa pun, artis harus bersabar jika menerima kecaman dari netizen.

Semua orang telah mengenali pelakon kur0s tinggi lampai yang jelita, Mimi Lana. Pelakon yang berasal dari Taiping itu telah mula membina nama sejak tahun 2014 lagi nampak semakin professional dalam bidang lakonannya.

Beliau sememangnya berbakat bukan sahaja dalam bidang lakonan tetapi juga dalam bidang permodelan. Baru-baru ini, beliau berkongsi sebuah video dimana terdapat dua Mimi Lana dalam video tersebut.

Didalam video tersebut terlihat dua orang Mimi Lana sedang bersantai di rumah kediamannya menimbulkan tanda tanya adakah Mimi Lana punyai seorang adik beradik kembar dalam keluarganya.

Namun, sebenarnya ianya hanyalah video yang diedit oleh Mimi Lana sahaja menampakkan seperti beliau punyai kembar seiras.

Netizen sangat terkejut dan ada juga yang mempercayai itu adalah betul-betul kembar Mimi Lana. Dan ada juga yang mengaitkan beliau dengan Shafiq Kyle dengan mengatakan Shafiq Kyle akan ‘dating’ dengan kedua-dua Mimi Lana sekaligus.

Kadang kala menjadi netizen tidak perlu kita percayai segala yang ditunjuk di dalam sosial media. Sebagai individu, kita seharusnya menilai perkara yang betul atau tidak dan jika ingin mengeluarkan pendapat, kita perlulah menjaga adab dan menyusun ayat kita dengan baik supaya tidak menimbulkan sebarang fitnah dan sebagainya.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!