“Muka Fatima tak tahan mengantuk sangat dah tu”- Fazura

Sikap peramah Fazura yang sering melayan baik peminat-peminatnya membuatkan beliau mudah didekati. Sehingga kini, Fazura masih popular dalam kalangan netizen dan peminat-peminatnya meskipun beliau kini sudah kurang aktif dalam bidang lakonan. Fazura sibuk dengan perniagaannya yang semakin berkembang maju dan sentiasa menumpukan sepenuh perhatian kepada cahaya mata miliknya iaitu Nur Fatima Aisya.

Hari demi hari, Fatima membesar dengan sihat dan semakin cerdik melihat si cilik ini. Setiap video Fatima dikongsi Fazura pasti mencuri perhatian peminatnya sehingga mereka pun rajin berkongsi video gelagat comel Fatima.

Malah populariti Fatima pun setanding ibunya. Banyak video comel Fatima di laman media sosial dan sentiasa dinanti-nantikan oleh netizen.

Baru-baru ini, satu video Fatima dikongsikan oleh peminat ibunya. Video tersebut juga menerima komen daripada Fazura sendiri.

Video Fatima yang kelihatan tahan mengantuk dan muka mamai telah menghiburkan netizen. Alahai si comel ini, memang muka ngantuk tu tak boleh cover dah hehe..

Kelihatan Fazura membawa Fatima ke Zoo Negara untuk meluangkan masa bersama. Bagus sebenarnya bawa anak-anak ke zoo negara supaya mereka belajar mengenali haiwan.

Sambil Fazura sedang mempromosikan Zoo Negara di dalam video tersebut, jelas mengantuk wajah Fatima sambil mulutnya ternganga gara-gara keletihan.

Dalam pada itu, video berkenaan telah menerima 120,000 tanda suka dan 2,800 tanda suka.

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Fatima memandangkan Fatima lebih me jdi tumpuan dalam video itu.

Fatima oh fatima, kenapa lah comel sangat. Muka tahan mengantuk sampai terlopong mulut dia hehe.. Mesti penat berjalan satu zoo negara tu.

Sumber: Instagram lovelyfatima

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!