“Dengar suara Bilal pun nyanyi sekali tu”- Netizen

Kehidupan usahawan dan pengacara terkenal Neelofa sering kali menjadi tumpuan orang ramai. Sehingga kini sejak beliau melahirkan anak lelakinya yang di beri nama Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu, ramai peminat yang sudah tidak sabar lagi untuk melihat wajah comel anaknya itu. Namun begitu atas faktor keselamatan, Neelofa mengambil kepuutusan untuk tidak mendedahkan lagi wajah anaknya itu.

Walaubagaimanapun, tindakan Neelofa baru- baru ini berkongsi video membawa Bilal ke tempat umum seolah- olah sudah memberikan bayangan bahawa orang ramai akan dapat melihat wajah Bilal tidak lama lagi.

Walaupun video berkenaan di rakamkan Neelofa daripada sudut atas, namun sedikit paparan perkongsian wajah Bilal di dalam video tersebut sudah cukup menggembirakan hati peminat- peminat Neelofa.

Perkongsian video berkenaan juga telah mengundang tanda tanya dalam kalangan netizen mengenai tindakan Neelofa apabila membawa Bilal bersiar-siar di tempat awam bahawa usahawan berkenaan sebenarnya sudah bersedia untuk mendedahkan wajah Bilal kepada orang ramai.

Sejak akhir – akhir ini siaran langsung di platform Tik Tok menjadi semakin popular dan ramai yang menggunakan platform berkenaan untuk membuat promosi produk atau bertegur sapa dengan para peminat menerusi sesi bersiaran langsung di platform berkenaan.

Menerusi perkongsian di Instagram peminat Neelofa iaitu neelofaharrisofficial2, satu hantaran video pendek berbentuk rakaman sesi siaran langsung pasangan berkenaan serta penyanyi Suffian Suhaimi telah di kongsikan buat tatapan para peminat.

Di dalam video pendek yang di kongsikan tersebut, Suffian Suhaimi telah menyanyikan lagu popular beliau berjudul Di Matamu. PU Riz juga turut bernyanyi bersama penyanyi berkenaan. Tidak mahu ketinggalan, Neelofa pula ingin menyanyi secara rap mengiringi nyanyian penyanyi tersebut.

Bagaimanapun suara latar kanak- kanak yang turut bernyanyi bersama mereka ketika menjadi perhatian apabila ramai yang mengatakan bahawa suara kanak- kanak berkenaan merupakan suara Bilal. Ada- ada sahaja Netizen.

Sebagai rekod, Bilal kini sudah berusia 6 bulan namun sehingga kini, Neelofa dan PU Riz masih belum mendedahkan wajah anak mereka itu.

Menjengah keruangan komen, ramai terhibur dengan sesi siaran langsung mereka. Netizen juga mengusik gaya nyanyian PU Riz juga di katakan seperti berzikir. Berikut dikongsikan pula komen- komen netizen yang lain terhadap perkongsian video berkenaan.

Kongsi Neelofa lagi, beliau tidak berniat untuk menyorok anaknya daripada tontonan umum melainkan hanya menunggu waktu yang sesuai supaya anaknya lebih kuat.

Bagaimanapun, Neelofa berterima kasih kepada pihak tertentu termasuk selebriti yang bersetuju dengan tindakannya tidak mendedahkan wajah Bilal meskipun ada yang mengencam.

Sumber: ig neelofaharrisofficial2

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!