“Dah la kena crop, pastu tanya nombor 3”- Tya Adnan

Perangai suami ni kadang-kadang memeningkan otak juga tau. Dalam gaya mereka yang menghiburkan, terselit juga perangai ‘hntu’ mereka sebenarnya. Ada sahaja perkara yang dilakukan oleh kaaum suami ni yang boleh membuatkan isteri naik baaran kadang-kadang. Tapi nak marah pun susah, sebab akhirnya perkara yang gemar dilakukan mereka itu sememangnya lucu.

Seperti pelakon terkenal Shukri Yahaya, sempat pula dia mengongsikan sebuah foto dalam akaun Instagramnya dengan caption yang lucu. Sengaja mahu menyakat isteri lah tu semasa meluangkan masa bersama dengan dua orang cahaya matanya.

Anak Shukri pula rajin je melayan kerenah si ayah ini. Siap tersenyum bagai. Jelas terpancar kebahagiaan pada wajah ketiga-tiga anak beranak tersebut. Si ibu pula tengah sibuk mengemop lantai rumah. Tak kesampaian nak ikut sesi berselfie tiga beranak itu.

“Sunday selfie, mak dia tengah mop kat belakang terpaksa crop. Dua dah anak kamu. Ada chance no. 3 ka?” ujar Shukri seraya bergurau. Kehkehkeh.

Dengan rambut yang panjang, memang dengan pandangan sekelip mata sahaja sudah dapat tahu bahawa ketiga-tiga mereka merupakan anak-beranak. Rambut Shukri pun dah panjang sampai ke bahu, sama seperti rambut anak keduanya.

Shukri sudah memiliki sepasang cahaya mata iaitu berjantina lelaki dan perempuan. Yang perempuan bernama Aaira Ameena manakala anak lelakinya pula bernama Maleeq Miqayl. Kedua-dua adik beradik ini masing-masing berumur 5 dan 2 tahun.

Foto perkongsian Shukri ini yang dimuatnaik menerusi akaun Instagramnya sejak 9 jam lalu sudah berjaya mendapat sebanyak 81,108 sukaan serta 220 komen.

Rata-rata netizen terhibur dengan foto serta caption perkongsian Shukri ini yang kelihatan agak lawak. Apa tidaknya, sudahlah Shukri memotong gambar isterinya yang sedang berada di belakang ketika mengemop lantai, berani pula Shukri bertanya mengenai perihal anak ketiga.

Rupa-rupanya, Shukri ini kuat juga menyakat isterinya kan. Selamba sahaja dia mengusik isterinya yang kepenatan menguruskan kebersihan rumah. Mungkin Shukri nak bagi clue kot agar isterinya bersetuju nak menimang anak yang ketiga. Kahkahkah.

Sumber: Instagram Shukri Yahaya

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!