“Nelydia ni setiap bergambar dgn artis lelaki perlu ke bersentuhan” – Netizen

Sudah menjadi lumrah bagi para artis untuk dihakimi oleh para netizen sekiranya melakukan sebarang kesalahan walaupun pada hakikatnya kesalahan tersebut hanyalah sebesar kuman mahupun biji sesawi. Lagi-lagi pada zaman teknologi dan media sosial yang sedang pesat membangun sekarang, dengan sepantas kilat gosip para artis dapat disebarkan. Dashyat benar kuasa viiral ni kan.

Bukan seperti zaman awal 2000-an, isu-isu terhangat mengenai artis hanya dapat diketahui sekiranya ada majalah jilid terbaru yang dikeluarkan. Pasti setiap artis pernah menghadapi pengalaman sedemikian. Makin-makin bagi artis yang sering terlibat dengan kontr0versi, maka makin gemar lah netizen memerhatikan tindak-tanduk mereka.

Seperti yang berlaku baru-baru ini kepada artis jelita Nelydia Senrose, yang mana salah seorang pengguna Instagram telah menegur tabiat Nelydia yang suka sangat menyentuh artis lelaki semasa bergambar. Sebelum ini, Nelydia juga pernah dilihat bersentuhan tangan dengan Fattah Amin dalam satu foto perkongsian Fasha Sandha.

Hanya tangan mereka sahaja yang bersentuhan sebenarnya, namun ianya tetap menjadi isu bagi sesetengah netizen. Terbaru, foto Fahrin Ahmad yang diapit oleh dua orang pelakon wanita jelita Fasha Sandha dan Nelydia Senrose juga menjadi perhatian awam.

Mungkin juga disebabkan oleh posing Nelydia yang meletakkan tangannya pada bahu Fahrin, maka perlakuan Nelydia menjadi isu yang besar di mata netizen. Padahal Fasha juga turut melakukan posing yang sama seperti yang dilakukan oleh Nelydia.

Rupa-rupanya foto perkongsian yang dimuatnaik menggunakan akaun Instagram Fasha ini merupakan salah satu babak yang terdapat dalam drama ‘khilaf asmara’ lakonan mantap oleh ketiga-tiga Fasha, Nelydia dan Fahrin. Imej Fasha juga kelihatan amat berlainan sekali dengan imej asalnya.

Fasha dalam drama tersebut merupakan seorang wanita yang memakai tudung dalam kehidupan sehari-harian. Ternyata sekali berbeza dengan penampilan Fasha yang sebenarnya dalam dunia realiti. Fasha kelihatan amat manis sekali dengan watak yang dibawanya itu.

Posting Fasha ini dimuatnaik menerusi akaun Instagramnya sejak 2 hari yang lalu lagi dan mendapat sebanyak 10,399 sukaan beserta dengan 50 komen daripada pengguna aplikasi Instagram. Rata-rata netizen terpesona dengan foto perkongsian Fasha ini. Namun, ada juga yang menegur tabiat Nelydia yang tidak kisah bersentuhan tangan dengan Fahrin.

Kebanyakan peminat sudah tidak sabar untuk menanti kemunculan drama ini yang dibintangi oleh barisan pelakon yang mantap dan hebat. Pastikan anda yang sedang membaca artikel ini juga tidak ketinggalan untuk menonton drama ini sekiranya sudah dimainkan di kaca televisyen.

Sumber: Instagram Fasha Sandha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!