“Siti Nurhaliza kecik” – Netizen

Seringkali kita mendengar orang mengatakan bahawa ‘bagaimana acuan, begitulah kuihnya’. Bagaimana gaya si ibu, begitulah juga gaya si kecil. Masakan tidak, dari peringkat bayi hinggalah remaja, ibulah rakan setia yang berada disamping anak. Tidak pernah berenggang, malahan sentiasa bersama-sama 24 jam 7 hari seminggu. Apa tidaknya si anak hafal benar dengan tingkah laku si ibu.

Anak-anak memang gemar untuk meniiru gaya seseorang yang dekat dengan mereka. Bagi mereka, individu tersebut adalah model dan patut dituruti. Lagi-lagi bagi seseorang yang bergelar ibu, sudah tentu segala tingkah laku si ibu pasti ditiiru bulat-bulat oleh si anak.

Seperti yang dilalui oleh Datuk Siti Nurhaliza atau lebih popular dengan panggilan Tokti, anaknya Siti Aafiyah sangat gemar meniru segala gaya serta tabiat ibunya. Sudahlah wajah pun ‘c0pyp4ste’ 100% wajah ibunya, kini perangainya juga sangat serupa dengan Siti.

Menerusi video perkongsian Siti yang dimuatnaik menggunakan akaun Instagramnya pada 2 hari yang lalu, ‘posing’ yang dilakukan oleh Aafiyah semasa berada di hadapan cermin itu sangat serupa dengan posing yang dilakukan oleh Siti.

Dalam video tersebut, Siti menyuruh Aafiyah untuk mengenakan posing di hadapan cermin yang besar. Dengan selamba Aafiyah berposing sambil berpusing-pusing dan bergerak ke kiri dan kanan. Comel sahaja gaya kedua-dua anak beranak ini.

“Strike a pose,” ujar Siti menerusi ruangan caption perkongsiannya ini seraya tertawa gembira. Telatah Aafiyah sememangnya sangat menghiburkan hati kepada sesiapa sahaja yang sudah menonton video pendek perkongsian Siti tersebut. Pasti secalit senyuman akan terukir pada bibir setiap penonton.

Posting Siti yang berdurasi lebih kurang 30 saat ini berjaya mendapat sebanyak 45,811 sukaan dan 268 komen daripada para pengguna aplikasi Instagram. Rata-rata warganet terhibur dengan posing Aafiyah dan Siti yang mencuit hati ini.

Ramai juga yang mengatakan bahawa suara Siti ni semasa bercakap “one two pose” pun sudah lunak kedengaran. Ujar netizen, bunyi pose Siti ini boleh diviralkan di aplikasi tik tok. Pasti ramai yang akan menggunakan audio Siti tersebut sekiranya betul-betul viral.

Apa pendapat korang pula mengenai pose Aafiyah ni? Kecil-kecil dah ada bakat jadi model kan. Hehehe. Apa-apapun, semoga Aafiyah berjaya mencapai apa juga impian apabila sudah menginjak ke alam dewasa ya. Sekurang-kurangnya, ada juga pelapis Siti pada suatu hari kelak.

Sumber: Instagram Siti

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!