“Ah kalau betul takde nya hang pakai macam ni” – Netizen

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai foto Janna yang berpenampilan seperti orang yang mahu bertunang. Pakaian Janna yang serba biru itu dihiasi pula dengan aksesori kepala yang cukup unik. Tambahan lagi dengan caption Janna yang cukup mengelirukan, sudah pasti ramai peminat serta followers akaun Instagram Janna yang tertanya-tanya sama ada Janna benar-benar melangsungkan pertunangan pada hari ini ataupun hanyalah drama semata-mata.

Janna yang sememangnya popular di kalangan netizen, kali ini tampil lagi dengan posting yang cukup mengelirukan. Artis jelita yang tengah hangat bercinta dengan pelakon kacak Dini Schatzmann kerap kali menjadi topik panas buat netizen dan seluruh warganet kerana sering terlibat dengan pelbagai kontroversi.

Sesetengah netizen mahupun followers Janna tidak mempercayai bahawa hari pertunangan Janna akan berlangsung pada hari ini kerana selalunya Janna sering tampil dengan pakaian yang sksi serta posing yang menggoda pada setiap foto yang dimuatnaiknya.

Oleh itu, sesetengah netizen menganggap bahawa sekiranya Janna akan melangsungkan pertunangan, sudah pasti Janna akan memilih penampilan yang sksi dan bukannya yang sopan seperti yang tertera dalam foto perkongsian Janna pada 7 jam yang lalu.

Namun, sebahagian netizen tetap mengucapkan tahniah buat Janna kerana memilih tarikh yang amat cantik untuk melangsungkan pertunangannya. Ramai juga yang memuji kecantikan Janna yang terserlah semasa mengenakan pakaian sopan seperti yang sedemikian.

Ada juga netizen yang langsung tidak mahu mempercayai posting Janna ini malah menganggap posting Janna ini sebenarnya adalah sebuah drama yang bakal dilakonkannya. Posting Janna ini kononnya hanyalah ‘pr4nk’ semata-mata untuk mendebarkan hati para peminatnya.

Foto perkongsian Janna ini ternyata menimbulkan reaksi yang berbeza dari para followers serta peminatnya. Ada yang tetap menyokong Janna namun tidak kurang juga ada yang langsung tidak mempercayai foto Janna ini. Mungkin sebelum ini dah banyak kali para artis melakukan hal yang sama sekadar mahu membuat ‘prank’.

Posting Janna yang dimuatnaik menerusi akaun Instagramnya ini telah berjaya mendapat sebanyak 115,333 sukaan beserta 1,173 komen.

Bagaimana pula dengan pendapat korang? Tapi walaubagaimanapun, Janna tetap kelihatan cantik dengan penampilannya kali ini kan. Manis sahaja senyuman Janna yang membawa 1001 makna ini. Harap-harap posting Janna kali ini akan menjadi realiti tidak lama lagi.

Sumber: Instagram Janna

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!