“Eee dia taktahu ke dia lagi comel dari bunny tu”- Netizen

Tidak dapat dinafikan bahawa anak-anak kecil ini selalu nya comel-comel belaka. Kalau kita balik kerja tengok telatah anak-anak kita, sudah tentu kita akan tergeli hati dan hil4ng segala penat yang ada. Banyak sangat ragam anak-anak yang melucukan dan menghiburkan hati kita. Tak berhenti gelak dan tersenyum.

Kali ini, ada dimuat naik video Awal Ashaari dan juga Lila,anak kesayangan nya itu. Di mana Awal yang melayan telatah dan karenah anaknya yang baru saja pulang dari sekolah, hehe boleh je Tite baru balik dari sekolah. Geram tengok comel sangat.

Katanya, Tite belajar buat cookies dekat sekolah. Comel sangat, cookies bunny. Ketul-ketul macam bunny. Aish, kadang tu kalau tengok makanan yang comel ni, nak makan pun kita akan terasa sedih dan tak sanggup makan kan ?

Melihat telatah dua anak-beranak tu, membuatkan kita semua tersenyum. Comel sangatlah anak dan juga ayah tu. Rasa macam tengok mini Awal pula, yelah Tite tu pun copy paste saja muka daddy dia tu. Aish comel sangat. Hehe.

Excited sangat daddy dan juga Tite nak tunjuk cookies bunny tu. Kita yang tengok ni pula, terasa macam Tite tu lebih comel dari bunny. Dia taktahu agaknya yang dia lebih comel dari bunny tu kan ? Aunty-aunty ni sangat lah geram tengok perangai Tite tu kan.

Lepasni boleh lah kot kalau kita nak rasa cookies bunny dari Tite tu kan ? Moh le semua pakat order cookies dari Tite. Katanya cookies tersebut di buat bersempena dengan sambutan tahun baru cina yang bakal tiba tak lama lagi tu.

Kalau cookies tu dah habis, boleh lah request suruh Tite buat time hari raya Aidilfitri pulaya nanti. Hehe, tapi beberapa bulan lagi. Bolehla Tite persiapkan semua bahan dan kelangkapan ya nanti. Ajak sati family buat kuih tu.

Bukan apa, aunty-aunty pun turut terliur sekali tengok cookies yang Tite buat tu. Rasa nak minta sikit je kan ? Hehe, tapi yang paling penting, memang telatah Tite itu sangat comel dan mencuit hati, malah lebih comel dari cookies yang dia buat tu tau.

Justeru, memang tak dapat dinafikan bahawa telatah anak-anak kecil ini memang comel dan pasti akan membuatkan hati kita semua terhibur. Jom lah pakat ajak anak-anak kita semua belajar buat ccokies pulak eh lepasni. Jom semua.

Sumber : Ig Lilaaminaa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!