“Wah abg AG kat konti dgn Fad, rindunya Hotfm dulu2” – Netizen

Pada 19 Julai yang lalu telah menyaksikan dua orang penyampai radio Hotfm akhirnya telah ditamatkan kontrak iaitu Mark Adam dan Fizie. Mark Adam dan Riena dibawa masuk untuk menjadi penyampai radio Hotfm bagi melengkap kan Geng Pagi Hot bersiaran bersama Fizie setelah Shuuib Sepahtu mengundurkan diri dan Shuk pula ditamatkan kontrak sebagai penyampai radio sekitar Februari lalu.

Bagaimanapun baru sahaja 5 bulan mengendalikan slot Geng Pagi Hot, pelantun lagu Marry Me dan Pencuri iaitu Mark Adam telahpun ditamatkan kontrak pada hari isnin lalu. Fizie juga ditamatkan kontrak pada hari yang sama bersama Mark Adam setelah hampir 10 tahun berkhidmat di stesen radio itu.

Walaupun Mark Adam sedikit terkilan kerana menurut penyanyi itu mengikut kontrak asal beliau sebagai penyampai radio Hotfm adalah selama 2 tahun namun Mark Adam redha dengan apa yang terjadi kerana menganggap rezeki beliau bersama stesen radio berkenaan hanya bertahan selama 6 bulan.

Menurut Mark lagi beliau baru sahaja mula selesa dengan kerjaya barunya sebagai penyampai radio namun rezeki tidak lagi berpihak kepada beliau. Penamatan kontrak Mark Adam dan Fizie mengalkan pelakon Kampung People yang popular dengan watak Lailer iaitu Riena seorang diri.

Timbul tanda tanya dalam kalangan pendengar mengenai siapa yang bakal menggantikan Mark Adam dan Fizie setelah mereka berdua mengalkan slot Geng Pagi Hot.

Pelawak Fad Bocey yang turut menyertai keluarga baru Hotfm sekitar bulan Mac sebagai pelengkap Trio Jam Hot  membuat kejutan apabila mengendalikan slot Geng Pagi Hot yang bersiaran pagi tadi.

Menerusi perkongsian terkini di instagram Hotfm, menariknya pelawak kumpulan Bocey berkenaan tidak keseorangan kerana bekas penyampai radio Hotfm Slot AM Krew iaitu AG Azmeer yang digantikan dengan Slot Geng Pagi Hot sebelum ini turut sama bersiaran menemani Fad pada pagi tadi.

Mendengarkan suara penyampai senior itu di Slot Geng Pagi Hot telah mendapat sambutan yang luar biasa daripada para pengikut akaun Instagram Hotfm dan para pendengar setia stesen radio tersebut.

Rata-ratanya meluahkan perasaan rindu mereka kepada trio menyampai Hotfm Slot AM Krew yang lama iaitu AG Azmeer, Fara Fauzana dan juga Faizal Ismail kerana keserasian yang wujud antara mereka bertiga semasa mengendalikan slot AM Krew dahulu.

Tidak kurang juga peminat yang mahukan Fizie agar bersiaran semula mengendalikan slot pagi bersama AG. Berikut dikongsikan komen-komen para netizen.

“Walau GPH dh berubah org2nya..Namun tetap dengar Hotfm. Semoga Hotfm kekal stesen radio no1 Msia. Rindu suara2 mereka ber3 dulu..” – Netizen

Sejak awal tahun sehingga sekarang Hotfm masih mencari keserasian antara penyampai radio yang bakal mengendalikan Slot Geng Pagi Hot merek.

Tak salah rasanya jika Hotfm kembali menjemput bekas penyampai mereka sekali sekala bagi mengubati rindu para peminat.

Sumber : hotfm769

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!