“Tinggal Zul Arifin dan Zizan, kita tgk siapa nikah dlu nanti” – Netizen

Tanggal 21 Ogos telah menyaksikan hero idaman Malaya iaitu pelakon Remy Ishak telahpun menamatkan zaman bujang apabila memilih seorang usahawan yang di kenali sebagai Ezza Yusuf sebagai permaisuri hidup beliau. Di fahamkan sejak pengumuman mengenai majlis pernikahan pelakon Pujaan Hati Kanda itu di buat, dapat di lihat menerusi media sosial bahawa ramai wanita yang meluahkan rasa kecewa dan paatah hati kerana pelakon lelaki tersebut akhirnya mendirikan rumahtangga.

Sebagai rekod, Remy dan pasangannya itu pernah bertunang pada tahun 2017 namun ikatan pertunangan itu akhirnya terputus pada tahun 2019. Hubungan mereka kembali bertaut apabila Remy telah membuat kejutan meraikan hari jadi Ezza di sebuah restoran.

Walaupun Remy pernah memutuskan pertunangan tersebut sebelum ini namun mereka berdua masih kekal berhubung dan bahkan kongsi Remy lagi jatuh bangun dirinya selama ini Ezza adalah wanita yang sentiasa bersama beliau. Di sebabkan itulah Remy merasakan bahawa Ezza adalah wanita yang paling tepat untuk dirinya.

Perkenalan mereka selama 8 tahun dan sikap wanita berkenaan yang cukup sabar dan setia mengharungi dugaan dan ujian untuk bersama Remy telah menguatkan lagi keputusan pelakon tersebut untuk menyunting wanita tersebut menjadi isterinya.

Di fahamkan mereka sebenarnya merancang untuk mengadakan majlis pernikahan sekitar bulan Mei namun di sebabkan kekangan keadaan pandemik negara ketika itu majlis mereka terpaksa di tangguhkan.

Majlis pernikahan pelakon kacak itu telah mendapat perhatian ramai dan gambar- gambar sekitar majlis pernikahan itu juga berlegar di media sosial kerana dikongsikan oleh rakan artis, para peminat dan pengamal media yang gembira dengan berita pernikahan pelakon tersebut.

Terkini menerusi Instagram Hotfm juga turut dikongsikan sebuah video yang memaparkan Remy dan isterinya kelihatan menuruni tangga Msjid Negara setelah selesai majlis akad nikah. Remy Ishak atau nama sebenar beliau Mohammad Zalimei Ishak dan pasangannya itu telahpun selamat bernikah di Msjid Negara sekitar tengah hari tadi.

Pasangan tersebut telahpun di satukan dengan hanya sekali lafaz. Majlis serba sederhana itu hanya di hadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat. Mereka berdua yang lengkap berpakaian pengantin serba putih kelihatan gembira setelah selesai acara akad nikah dan masing- masing mengemaskini media sosial untuk berkongsi berita gembira tersebut bersama peminat, sahabat dan keluarga.

Gambar di atas dari ig story Remy Ishak, alahai sweetnya, blh tgk video di ig story Remy Ishak ye.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada pasangan tersebut. Pasangan yang sama cantik dan sama padan itu kelihatan tersenyum gembira di hari bahagia mereka.

Memandangkan hero pujaan Malaya Remy Ishak telahpun “off market” kini netizen berteka teki pula mengenai artis lelaki yang menjadi tumpuan peminat wanita seperti Zul Ariffin dan Zizan antara mereka siapakah yang bakal mendirikan rumahtangga seterusnya. Berikut dikongsikan beberapa komen netizen.

“lama sgt mbujang… kawen dlm drama je.. tahniah jejaka malaya… rmai gegirl fruust… tahniah slamat pgntin baru” – Netizen

Benarlah kata orang jikalau sudah jodoh pasti tidak akan kemana. Walaupun hubungan mereka pernah terputus sebelum ini namun akhirnya jodoh mereka kuat dan kali ini bertaut kembali sehingga ke ikatan pernikahan yang sah. Buat para peminat yang paatah hati atas berita pernikahan Remy, jangan risau kerana Zul Arifin dan Zizan masih ada okay.

Sumber : Instagram Hotfm976

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!