“Dalam masa dua jam je, saya akan makan apa yg ada depan mata smpai kenyang”- Norman Hakim

Pemakanan yang seimbang sangat penting buat kita semua. Terutamanya buat individu yang sentiasa ingin kekalkan kecantikan badan. Tidak kira lah lelaki atau wanita, pasti ramai yang sedang berusaha mengamalkan gaya hidup sihat demi menjaga tubuh. Turut sama, pelakon Norman Hakim yang tampil dengan imej terbaru berbadan tegap juga kelihatan berdisiplin menjaga bentuk badannya.

Norman sentiasa berkongsi rutin hariannya dengan aktiviti bersenam dan berkongsi tiips pemakanan yg sentiasa diamalkannya. Siapa sangka, ia bukanlah sesuatu yang mudah tatkala seseorang inginkan tubuh badan yang cantik. Kuncinya adalah konsisten dan mempunyai tahap disiplin yang tinggi.

Baru-baru ini, posting video yang dimuatnaik Norman telah mengejutkan ramai netizen. Video tersebut menunjukkan Norman perlu makan semua hidangan di depan matanya dalam tempoh dua jam sahaja.

Sebahagian netizen meluahkan rasa tidak senang hati apabila melihat kuantiti makanan yang dimakan oleh Norman. Bukan setakat kuantiti makanan yang banyak malah perlu makan dalam tempoh dua jam sahaja.

Selain itu, Norman memberitahu, dia perlu makan segala jenis makanan bertujuan untuk memberi kestabilan pada badannya.

Bagi Norman, analogi di sebalik memliki badan yang tegap adalah disiplin dalam diri masing-masing. Bukan mudah ya untuk memiliki tubuh yang cantik.

Dalam pada itu, video Norman telah ditonton sebanyak 150,000 tontonan. Netizen juga mngalkan eplbagai reaksi menerusi ruangan komen.

Semoga maju jaya buat Norman nak maintain badan sado, janji sihat wolverine Malaysia ni.

Sumber: Instagram Normanhakim_786

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!