“Neutral lagi cantik. Pakai apps mcm cuc0k b0tox dekat bibir” – Netizen

Datuk Seri Siti Nurhaliza atau mesra dengan nama panggilan Tokti telah selamat melahirkan anak keduanya iaitu seorang bayi lelaki sekitar bulan April yang lalu. Menurut Tokti nama yang diberikan untuk anak keduanya itu merupakan kesinambungan doa yang beliau ambil sewaktu memberikan nama untuk anak pertamanya Siti Aafiyah dahulu. Oleh itu Tokti dan suaminya Datuk Khalid sepakat untuk memberikan nama Muhammad Afwa yang bermaksud keampunan atau kemaafan.

Nama Tokti juga kembali menjadi sebutan apabila beliau berkongsi gambar terbaru yang menunjukkan penampilannya dimana terlihat sangat kur0s dan ramping setelah melahirkan anak keduanya Afwa. Tokti sudahpun selesai menjalani tempoh berpantang namun masih mengekalkan pemakanan yang sihat dan rutin bersauna dirumahnya.

Peminat juga sedia maklum mengenai aktiviti berbasikal yang dilakukan oleh Tokti sebagai hobi. Atas saranan penyanyi nombor satu negara berkenaan untuk mengamalkan gaya kehidupan yang sihat, ramai yang telah menjadikan berbasikal sebagai hobi mereka.

Bagaimanapun dalam tempoh PKP yang dilaksanakan oleh kerajaan ini ketika ini, Tokti juga hanya mengambil kesempatan untuk membuat senaman ringan seperti berjogging sahaja kerana mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Tokti yang aktif di media sosial telahpun memuatnaik beberapa keping gambar wajah terbaru beliau yang kelihatan kur0s dan jelita persis anak dara. Gambar yang dimuatnaik tersebut adalah untuk mempromosikan tudung terbaru yang dikeluarkan di bawah jenama anaknya afiya.my.

Menurut Tokti selain daripada corak tudungnya yang menarik serta di datangkan dalam pelbagai warna, beliau berkata setiap pembelian turut diberikan bersama lirik lagu daripada album beliau.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji wajah penyanyi kesayangan ramai itu yang benar-benar kelihatan semakin muda remaja. Tidak kurang juga yang berkata gambar berkenaan membuatkan wajah Tokti saling tak tumpah seperti wajah pelakon Ummi Aida pula.

Namun terdapat netizen yang lebih menyukai wajah neutral Tokti bergambar tanpa sebarang solekan mahupun menggunakan applikasi di telefon bimbit.

Menurut netizen tersebut gambar yang di rakamkan menggunakan applikasi itu membuatkan bibir Tokti kelihatan seperti di cucuk botox. Berikut dikongsikan beberapa komen netizen.

Sekali nampak dah macam zaman anak dara dahulu jauh sekali kelihatan sepertimana usia sebenar beliau yang kini sudahpun mencecah 40an. Bagusnya Tokti menguruskan badan dengan cara semulajadi dengan menjaga pemakanan serta menjaga kesihatan seperti berjoging dan berbasikal.

Semoga ianya menjadi inspirasi buat para peminat beliau dan netizen diluar sana untuk turut menjaga kesihatan.

Sumber : ig ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!