“Emm tak payah la nanti gigi Aafiyah r0sak” – Siti Aafiyah

Kehadiran cahaya mata kedua iaitu Muhammad Afwa pada bulan April yang lalu dalam kehidupan Tokti dan suaminya menambah seri dalam rumahtangga pasangan tersebut. Para peminat juga gembira melihat Aafiyah seronok menerima adik. Aafiyah juga menjadi seorang kakak yang sangat baik terhadap adiknya. Wajah terkini Afwa juga menarik perhatian kerana dilihat semakin tembam dan comel.

Menurut Tokti nama yang diberikan untuk anak keduanya itu merupakan kesinambungan doa yang beliau ambil sewaktu memberikan nama untuk anak pertamanya Siti Aafiyah dahulu. Siti Aafiyah yang merupakan anak sulung kepada Tokti dilahirkan pada tanggal 19 Mac 2018 dan kini telahpun berusia 3 tahun.

Sikap Aafiyah yang sangat bijak dan petah berkata-kata itu seiring dengan usia kanak-kanak tersebut. Gelagat Aafiyah yang mencuit hati dan menghiburkan membuatkan para peminat tidak pernah jemu dengan kanak-kanak itu.

Menerusi instagram yang diwujudkan oleh peminat Tokti atas nama babyctdk, instagram tersebut berkongsi beberapa video yang memaparkan gelagat anak-anak Tokti iaitu Aafiyah dan Afwa.

Terdapat sebuah video dimana Tokti menunjukkan anaknya Aafiyah beberapa krim kek dan juga biskut macaroon.

Aafiyah yang memberikan maklum balas kepada ibunya berkata dirinya tidak mahu menyentuh makanan berkenaan kerana akan mer0sakkan giginya. Bijak sungguh Aafiyah yang sudah tahu membezakan antara perkara yang membawa keburukan ataupun kebaikan kepada dirinya.

Kata-kata Aafiyah itu menarik perhatian para peminat yang kagum dengan kepetahan dan kecerdikan Aafiyah. Mereka turut memuji sikap Aafiyah yang sangat cerdik membuat pilihan dan terhibur dengan kecomelan gaya Aafiyah bercakap. Berikut dikongsikan komen-komen netizen.

Siti Aafiyah yang sudah pun menginjak keusia 3 tahun sangat petah bercakap dan sangat cerdik.  Para peminat juga gembira melihat kasih sayang Aafiyah buat adiknya dan mendoakan agar Aafiyah menjadi seorang kakak yang baik dan menyayangi adiknya kelak.

Ramai yang berkata wajah Aafiyah sangat seiras dengan Tokti. Memang sekali pandang wajah Aafiyah saling tak tumpah seperti Tokti ketika zaman muda remaja dahulu. Bertuah sungguh Aafiyah dapat mewarisi kejelitaan ibunya.

Sumber : ig babyctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!