“Awas tingkap tu anak oii, bhya ada anak kecil tgkp xde grill. Tlg jgn ltk katil tepi tgkap” – Netizen

Baru-baru ini Kak Lina telah menyuarakan hasrat untuk berkongsi rezeki kepada golongan yang terjejas disebabkan PKP yang dilaksanakan oleh kerajaan. Video berkenaan antara lain meminta kejujuran daripada mereka yang ingin memohon bantuan daripada beliau. Kak Lina akan sedaya upaya membantu setakat yang dirinya mampu. Kak Lina juga berkata sekiranya ada rezeki lebih selepas PKP beliau akan berusaha untuk menghantar bantuan ke kawasan luar daripada Kuala Lumpur.

Bagaimanapun ada netizen yang kurang senang dengan hebahan Kak Lina apabila berkata Kak Lina seolah cuba mendapatkan perhatian orang ramai terhadapnya dengan cara tersebut. Malahan turut memetik nama arwh pelawak Pak Yus daripada kumpulan Jambu yang memberikan bantuan tanpa pengetahuan orang lain.

Tidak berdiam diri, Kak Lina membidas kembali komen netizen tersebut yang dirasakan tidak wajar kerana jika tidak dihebahkan bagaimana orang ramai tahu mengetahui bantuan yang ingin dihulurkan oleh beliau.

Begitulah sikap manusia, ada sahaja yang kurang senang dimata mereka sehinggakan Kak Lina yang ingin berbuat baik dengan menghulurkan bantuan juga ditegur. Apatah lagi jika membuat perkara yang tidak elok.

Terkini menerusi muatnaik terbaru diinstagram, Kak Lina telah berkongsi sebuah video beliau dan keluarga membuat persediaan untuk menyambut kehadiran cahaya matanya yang baru tidak lama lagi.

Kak Lina yang kini sedang berbadan dua dilihat sedang menyediakan bilik buat anak sulung serta bakal bayi yang baru lahir nanti.

Kak Lina menunjukkan proses membuka katil yang turut disertai oleh suami, bapa dan anak sulungnya. Mereka bertiga dilihat bertungkus lumus untuk menyediakan katil berkenaan demi keselesaan anak-anak. Kedudukan katil berkenaan di letakkan berhampiran dengan tingkap yang tidak mempunyai jeriji besi.

Netizen memuji sikap anak sulung Kak Lina yang sangat rajin membantu Atuk dan Bapanya membuat persiapan untuk menyambut ketibaan adik barunya. Tidak kurang juga yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Kak Lina supaya dipermudahkan urusan beliau bersalin.

Bagaimanapun ada netizen yang mempertikaikan kedudukan katil bayi yang diletakkan oleh Kak Lina di dalam video kerana berdekatan dengan tingkap dan netizen juga risau sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini memandangkan tingkap tersebut juga tidak di pasangkan jeriji besi.

Berikut dikongsikan komen-komen netizen terhadap video tersebut.

Dh siap mesti cntik..tk sabar nk tgok bby baru. Semoga dipermudahkn urusan kepom dn keluarga..” – Netizen

“wahhh tahniah akak…waiting for your baby…semoga dipermudahkan semua urusan akk sekeluarga..aamin” – Netizen

“Kak lina cadangan , boleh letak grill dekat tingkap risau pulak manja tidur atau main dekat situ takut jatuh tak perasan tingkap rengganh ke. Love u kak linaa. Atok paling besungguh tu . Hahaahha” – Netizen

“Alahai manja sefhia.. Nakkk juga ikot atok dgn daddy dia kemas bilik. Comelnyaaaa…” – Netizen

“Comel.la kakak Sefhia. Mana Ada papa Ada la dia..semoga dipermudahkan urusan kk Lina & family” – Netizen

“Cantik frame katil warna hijau. Berapa bulan dah Kak Kepom kitaaa? “ – Netizen

Kak Lina juga sudah memberikan respon mengenai perkara berkenaan di ruangan caption entri tersebut. Menurut Kak Lina, di sebalik tingkap berkenaan terdapat 1 lagi lantai yang sangat luas. Sebagai seorang ibu juga, beliau terlebih dahulu sudah memikirkan mengenai keselamatan anak-anaknya.

Memandangkan usia beliau juga sudah mencecah 40 tahun, pengalaman yang ada cukup mematangkan dirinya.

Namun begitu Kak Lina tetap mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan netizen yang telah menasihati beliau agar lebih berhati-hati.

Sumber : Instagram ig elly mazlein

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!