“Ibu hamil boleh makan durian ke” – Netizen

Tanggal 1 Januari yang lalu menyaksikan pasangan Ayda Jebat dan Nabil Mahir telah menamatkan zaman bujang masing-masing apabila memilih tarikh permulaan tahun baru itu sebagai tarikh istimewa mereka. Pasangan tersebut juga mencipta sejarah apabila menjadi pasangan pertama yang mengadakan majlis pertunangan secara dalam talian semasa fasa Perintah Kawalan Pergerakan kali pertama tahun lalu.

Perkahwinan mereka berdua mendapat perhatian apabila Nabil mendedahkan dimana beliau berhasrat untuk menimang 13 orang cahaya mata bersama Ayda Jebat kerana begitu menyukai nombor berkenaan.

Bagaimanapun ketika awal kehamilan pasangan berkenaan tidak mendedahkan mengenai berita kehamilan memandangkan usia kandungan yang masih awal.

Setelah usia kandungan memasuki 4 bulan barulah pasangan tersebut membuat pengumuman secara rasmi.

Menerusi perkongsian terkini Ayda Jebat di instagram, beliau dan suami telah memuatnaik sebuah video yang memaparkan beliau menemani suaminya menikmati makanan kegemaran iaitu nasi yang dimakan bersama durian, air panas dan gula.

Walaupun kurang menggemari nasi yang dimakan bersama durian namun Ayda tetap menjamah durian semasa menemani suaminya itu. Ayda yang berkongsi menu tersebut bersama para peminat beliau telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Menjengah keruangan komen segelintir netizen  berkata mereka turut menikmati menu nasi yang dihidangkan bersama dengan durian dan gula. Bagaimanapun tidak kurang juga yang agak terkejut dengan tindakan Ayda yang menjamah durian walaupun ketika hamil.

Mengikut petua orang lama, ibu yang mengandung tidak digalakkan untuk makan durian demi menjaga kandungan dan mencegah perkara tidak diingini berlaku.

Bagaimanapun rata-rata juga berkata terpulang  kepada penerimaan badan masing-masing. Berikut dikongsikan komen-komen daripada para netizen.

“knp pregnant xboleh mkn…ikut bdn la…sy bru mkn mnggu lps..yg xboleh kalau ada gdm,sbb kndgn gula dlm durian tggi..bkn sbb keguguran ya..betul kan je..” – Netizen

“klu mkn seulas 2 xd apa2 sis..klu mkn berbiji2 tu xpregnant pon panas bdn dibuatnya” – Netizen

“saya tiga kali pregnant tiga kali makan durian . Bukan seulas dua tapi sebiji . Alhamdulillah anak anak semua keluar sihat . Ikut penerimaan badan memasing .” – Netizen

“Why everyone paranoid duk kate pregnant xboleh makan durian, adoii boleh jee makan tpi jgn banyak . Tapi tuu laa aku masa pregnant mkan bnyak durian alhamdulillah anak okay . lain org lain effectnya kan “ – Netizen

“bdn setiap org lain2…sy mkn elok je..sebiji sy sorg…baby pn elok je ha…anak sulung ritu 10week dh balun..yg 2nd 6week,xde mslh pn..sy hantu durian…xmau nya makan seulas dua, hahaha” – Netizen

Menurut  Ayda beliau telah mendapatkan nasihat dktor sebelum menjamah durian dan Ayda berkata doctor hanya menasihati beliau untuk makan 2 ulas sahaja.

Ayda juga telah menjelaskan perkara berkenaan di komen soalan yang diajukan oleh netizen. Semoga segala tanda tanya netizen terjawab dengan jawapan Ayda tersebut.

Sumber : ig aydajebat

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!