“Bahagia tgk Abby dan Memey berdakap mesra. Kdg adik beradik pun xmcm ni” – Netizen

Tiada siapa yang menyangka serta menduga keluarga Norman dan Abby kini menjadi sebuah keluarga besar yang sangat rapat. Namun itulah pasang surut kehidupan. Belajar daripada kesilapan dan berkat kesabaran pasti Allah akan permudahkan semuanya. Tambahan pula mereka berdua berbaik demi tanggungjawab untuk anak-anak. Benarlah setiap yang berlaku pasti akan ada hikmah yang tersembunyi.

Jika suatu masa dahulu kisah rumahtangga mereka menggmparkan industri seni tanah air apabila Memey menjadi punca keretakan rumahtangga Norman dan Abby namun kini keluarga mereka pula yang cukup memberikan inspirasi buat masyarakat.

Keluarga besar Norman Hakim dan Memey Suhaiza sering menjadi rujukan buat pasangan suami isteri diluar sana. Bangkit daripada kejatuhan sebelum ini, keluarga ini terus memberikan inspirasi buat masyarakat menerusi tauladan yang ditonjolkan oleh mereka sekeluarga.

Pengalaman kisah lalu telah banyak mengubah diri mereka agar mengambil apa yang telah berlaku sebelum ini sebagai iktibar dan pengajaran yang berguna hari ini.

Hubungan yang telah terbina kini antara Memey dan Abby sangat akrab bagaikan adik beradik hinggakan Memey dan Abby kelihatan bagai kembar dan cukup serasi meluangkan masa bersama-sama.

Menerusi Instagram, Abby Abadi telah memuatnaik sebuah video dimana keluarga besar beliau menunaikan solat terawih bersama-sama.

Turut kelihatan di dalam video apabila beliau dan Memey dilihat berpluukan setelah menunaikan solat terawih.

https://www.instagram.com/p/CNnryi_jvQD/?igshid=1bzn2lmoj3jem

Perkongsian dari Abby Abadi itu menarik perhatian para pengikutnya dan mereka cukup terinspirasi dengan sikap Abby dan Memey yang saling berkasih-sayang dengan cukup ikhlas sehingga mngalkan kesan terhadap para peminat mereka berdua. Berikut dikongsikan komen yang ditinggalkan peminat.

Ramai yang mengagumi sikap Norman yang sangat bertanggungjawab dan penyayang dengan keluarga.. Manakala hubungan yang terjalin antara Abby dan Memey juga dikagumi oleh masyarakat.

Anak-anak mereka telah diterapkan nilai kekeluargaan dan didikan islam sejak dari kecil lagi. Mudah-mudahan keluarga ini terus menjadi contoh daripada para ibu dan bapa diluar sana.

Sumber: ig Abby Abadi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!