1st time sambut menantu, Datin Alyah luah pghargaan buat bks isteri pertama Tok Ram

Siapa yang tidak mengenali Datuk Ramli MS. Beliau merupakan seseorang yang arif dalam bidang muzik dan sudah begitu lama dalam industri seni tanah air. Wajah serius beliau sebagai juri ketika menilai persembahan nyanyian sering membuatkan para peserta menjadi gerun tatkala perlu menerima maklum balas daripada beliau. Datuk Ramli MS yang mesra di sapa Tok Ram telah mendirikan rumahtangga dengan penyanyi Alyah pada Mac 2013 namun sehingga kini masih belum dikurniakan rezeki zuriat.

Orang kata jangan terlalu benci, kerana suatu hari nanti akan timbul rasa sayang. Begitulah kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan mengenai hubungan Datin Alyah dan juga Datuk Ramli MS.

Datin Alyah pernah berkata sebelum ini bahawa beliau tidak pernah menyukai suaminya itu namun aturan tuhan itu tidak pernah salah. Tidak sangka lelaki yang tidak disenangi itu akhirnya telahpun menjadi suaminya sendiri.

Umum mengetahui pernikahan Datin Alyah dan Datuk Ramli MS masih belum dikurniakan zuriat sendiri setelah hampir 8 tahun mendirikan rumahtangga. Pasngan ini tidak begitu terbuka untuk berkongsi kisah peribadi mereka kepada khalayak. Bercakap mengenai soal anak, Datin Alyah memberitahu beliau sudah lali dengan pertanyaan tersebut.

Menurut Datin Alyah, beliau sebolehnya akan cuba bersikap professional dan tidak pernah mengelak walaupun terpaksa berhadapan dengan soalan yang adakala mengguris hatinya.

Menerusi muatnaik entri terkini di instagram, Datin Alyah dilihat telah meraikan majlis pernikahan anak tiri beliau iaitu Nadiah Ramli. Nadiah merupakan anak kepada Tok Ram dan bekas isteri pertama beliau. Datin Alyah mendoakan agar perkahwinan anak tirinya itu berbahagia sampai syurga.

Datin Alyah tidak lupa merakamkan penghargaan buat bekas isteri pertama Datuk Ramli MS iaitu Jenniffer Thompson kerana kesudian beliau memberikan ruang dan peluang buat dirinya untuk turut sama terlibat dalam menguruskan persiapan majlis berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rakan artis dan pengikut akaun Instagram juga turut mengucapkan tahniah kepada beliau kerana telah menerima menantu.

Walaupun Datin Alyah memberikan maklum balas seakan malu-malu di atas ucapan tahniah tersebut namun sikap beliau yang mengekalkan hubungan baik dengan bekas isteri Tok Ram mendapat pujian netizen. Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan oleh netizen di ruangan komen entri berkenaan.

Walaupun masih belum mempunyai anak sendiri, namun sikap terbuka Datin Alyah meraikan hari bahagia anak tiri bersama bekas isteri pertama Tok Ram wajar mendapat pujian.

Mudah-mudahan kemuliaan hati Datin Alyah ini akan diberikan ganjaran oleh Allah suatu hari nanti. Semoga hasrat beliau untuk mempunyai zuriat sendiri pun akan tercapai tidak lama lagi.

Sumber: ig alyah81

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!